awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Empat lelaki ditahan cuba seludup haiwan ternakan guna jalan tikus
Malaysia utamakan pelaburan jangka panjang, berorientasikan nilai dalam mineral kritikal
Rumah Putih rancang sidang kemuncak pertama Lembaga Keamanan pada 19 Feb

Ribut Tropika Basyang di Filipina: Angka korban meningkat kepada 12 orang

Bernama
Bernama
08/02/2026
10:32 MYT
Ribut Tropika Basyang di Filipina: Angka korban meningkat kepada 12 orang
Laporan awal memaklumkan sembilan daripada kematian yang dilaporkan berlaku di Wilayah 10 (Mindanao Utara) manakala tiga lagi dari Caraga. - Foto: Facebook Freddie Siao
MANILA: Angka korban akibat Ribut Tropika Basyang (nama antarabangsa Penha) meningkat kepada 12 orang manakala jumlah keluarga terjejas mencecah 132,000, kata jurucakap Pejabat Pertahanan Awam (OCD) pada Ahad, lapor Agensi Berita Filipina (PNA).
Dalam temu bual bersama radio dzBB, jurucakap OCD Junie Castillo berkata jumlah itu bersamaan kira-kira 467,000 individu yang tinggal di 850 barangay di wilayah Visayas dan Mindanao.
Laporan awal OCD memaklumkan sembilan daripada kematian yang dilaporkan berlaku di Wilayah 10 (Mindanao Utara) manakala tiga lagi dari Caraga.
Mangsa yang dilaporkan maut sama ada akibat lemas atau tertimbus dalam kejadian tanah runtuh.
Castillo berkata operasi pembersihan kini sedang dijalankan.
Beliau menambah, rumah yang rosak berjumlah sekitar 445 unit, termasuk 38 yang "musnah sepenuhnya".
Castillo turut memaklumkan bahawa pihaknya masih belum mempunyai angka kerosakan infrastruktur dan pertanian kerana operasi penilaian pantas kerosakan sedang dijalankan.
Ketua Polis Negara Filipina (PNP) Jeneral Jose Melencio Nartatez Jr. mengarahkan komander unit menilai infrastruktur serta anggota polis yang terjejas di kawasan yang dilanda Basyang.
"Langkah ini akan memastikan penyeliaan berkesan terhadap operasi bantuan dan pemulihan pascabencana," kata Nartatez dalam satu kenyataan.
Penilaian awal menunjukkan talian komunikasi dan rantaian bekalan masih beroperasi di pejabat polis wilayah yang terjejas, katanya.
Anggota polis turut membantu pihak berkuasa tempatan dalam operasi mencari dan menyelamat serta menyalurkan bantuan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Ribut Tropika
#Basyang
#Filipina
#bencana alam
#angka korban
#penduduk terjejas
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.