DUNIA
Ribut Tropika Bualoi landa tengah Vietnam
Dengan kelajuan angin maksimum mencecah lebih 130 kilometer sejam, Ribut Tropika Bualoi melanda pantai di utara Bandar Vinh di wilayah Nghe An. - Foto AP/Sinar Harian
HANOI: Selepas meragut 11 nyawa di Filipina, Ribut Tropika Bualoi melanda wilayah tengah Vietnam dengan menyebabkan banjir, tanah runtuh dan penutupan lapangan terbang, lapor Agensi Berita Jerman (dpa) memetik media kerajaan pada Ahad.
Ribut yang bergerak dengan kelajuan luar biasa itu mendarat di tengah Vietnam pada Ahad malam, lebih awal daripada yang diramalkan sebelum ini.
Dengan kelajuan angin maksimum mencecah lebih 130 kilometer sejam, ribut itu melanda pantai di utara Bandar Vinh di wilayah Nghe An.
Bagaimanapun, "jalur luar" ribut itu telah pun menyebabkan banjir di kawasan tengah, dengan banjir dilaporkan di bandar pesisir pantai Da Nang pada Sabtu.
Peramal cuaca di Vietnam memberi amaran ribut itu boleh mencetuskan banjir kilat, tanah runtuh dan ombak besar setinggi dua meter di sepanjang pantai.
Timbalan Menteri Pertanian dan Alam Sekitar, Nguyen Hoang Hiep memberitahu media tempatan bahawa kelajuan angin boleh mencecah sehingga 133 kilometer sejam, dengan tiupan kencang hampir 150 kilometer sejam.
Pihak berkuasa tempatan melarang kapal ke laut sebelum tengah hari Sabtu; hampir 68,000 kapal telah digerakkan ke pelabuhan yang selamat. Sementara itu, lebih 240,000 anggota tentera diletakkan dalam keadaan bersiap siaga, bersedia untuk bertindak di kawasan terjejas teruk.
Wilayah tengah termasuk Thanh Hoa, Nghe An dan Quang Tri telah dilanda hujan lebat, menyebabkan puluhan kampung terputus hubungan serta mengakibatkan banjir dan banyak tanah runtuh di kawasan itu.
Empat lapangan terbang, termasuk Lapangan Terbang Antarabangsa Da Nang, telah menghentikan penerbangan pada Ahad dan Isnin, dengan hujan lebat dijangka membawa taburan hujan antara 100 hingga 300 mm di wilayah utara dan tengah sehingga Selasa.
-- BERNAMA