Ribut tropika Noul membadai Vietnam

Agensi
September 18, 2020 14:27 MYT
Ribut itu membawa hujan lebat dan angin kencang di beberapa wilayah pesisir. - REUTERS
Ribut tropika Noul membadai Vietnam mengorbankan seorang mangsa sebelum ia mula melemah pada Jumaat.
Ribut itu membawa hujan lebat dan angin kencang di beberapa wilayah pesisir, menyaksikan kejadian pokok tumbang dan menerbangkan bumbung rumah.
Media tempatan melaporkan, seorang mangsa maut di wilayah Hue akibat dihempap pokok sementara 23 yang lain cedera akibat ribut tersebut.
Pada Khamis, Vietnam memindahkan sekitar 40,000 penduduk ke tempat-tempat selamat dan membatalkan 40 penerbangan di wilayah itu pada hari Jumaat.
#Hue #hujan lebat #Ribut Tropika Noul #Vietnam