Ribut Tropika Tembin: Sambutan Krismas di pusat pemindahan

Agensi
Disember 25, 2017 08:31 MYT
Perayaan Krismas disambut sederhana di Selatan Filipina susulan ribut Tropika Tembin yang melanda negara itu. - Gambar Reuters
SAMBUTAN Krismas di Selatan Filipina disambut sederhana susulan ribut Tropika Tembin yang melanda negara itu.
Ribuan penduduk di Wilayah Lanao Del Norte terpaksa berteduh di pusat pemindahan sementara yang disediakan pihak berkuasa.
Wilayah Lanao Del Norte, Lanao Del Sur dan Zamboanga alami kemusnahan paling teruk.
Sebanyak 120 kematian dicatat akibat tanah runtuh dan dihanyutkan arus deras manakala 160 orang masih hilang.
Tembin muncul kurang dari seminggu selepas ribut Tropika Kai-Tak melanda bahagian tengah Filipina.
#Filipina #Krismas #Lanao del Norte #pusat pemindahan #selatan Filipina #tanah runtuh #Tropika Kai-Tak #Tropika Tembin #Zamboanga