Skip to main content

Dunia

Ribut Tropika Trudy dijangka menjadi hurikan di luar pantai Mexico

Imej satelit daripada Pentadbiran Lautan dan Atmosfera Kebangsaan ini (NOAA) menunjukkan Ribut Tropika Trudy di Lautan Pasifik pada 14 Okt 2026. (Foto AP)
Imej satelit daripada Pentadbiran Lautan dan Atmosfera Kebangsaan ini (NOAA) menunjukkan Ribut Tropika Trudy di Lautan Pasifik pada 14 Okt 2026. (Foto AP)

Advertisement

WASHINGTON: Ribut Tropika Trudy dijangka bertambah kuat menjadi hurikan di luar pantai Pasifik Mexico menjelang Jumaat, menurut Pusat Hurikan Kebangsaan Amerika Syarikat (NHC) pada Rabu, lapor Sputnik/RIA Novosti.

“Angin berterusan secara maksimum meningkat kepada hampir 85 kilometer sejam (km/j), dengan tiupan angin yang lebih kencang. Pengukuhan pesat diramalkan berlaku dalam beberapa hari akan datang dan siklon itu dijangka menjadi hurikan menjelang malam ini serta hurikan besar menjelang Jumaat,” menurut NHC dalam nasihat awamnya.

Ribut itu berada kira-kira 405 batu (652 kilometer) di selatan Acapulco dan 650 batu (1,046 kilometer) di tenggara Manzanillo, Mexico, menurut nasihat berkenaan.

NHC berkata tiada pemantauan atau amaran cuaca pesisir pantai dikuatkuasakan ketika itu.

Agensi itu menggesa penduduk di barat daya dan barat-tengah Mexico supaya sentiasa berwaspada serta memantau perkembangan ribut Trudy.

Menurut nasihat berkenaan, ombak besar yang dicetuskan oleh ribut itu dijangka melanda selatan Mexico menjelang penghujung minggu, sekali gus berpotensi menyebabkan keadaan ombak dan arus deras yang mengancam nyawa.

-- BERNAMA-SPUTNIK/RIA NOVOSTI

 

 

Must Watch Video

Advertisement