[TERKINI] Najib Razak Dilepas Tanpa Dibebaskan – Kes SRC RM27 Juta, Ikuti Laporan di Sini
INTERNATIONAL

Richard Branson berlepas ke angkasa

Astro Awani 11/07/2021 | 14:55 MYT
Branson berlepas dari Spaceport America di New Mexico pada pukul 10.44 malam waktu Malaysia. - Gambar REUTERS
NEW MEXICO: Pengasas Virgin Galactic, Richard Branson mencipta sejarah apabila menjadi hartawan pertama di dunia yang menerokai angkasa lepas.
Branson, 70, berlepas dari Spaceport America di New Mexico pada pukul 10.44 malam Ahad waktu Malaysia dan pelepasan itu disiarkan secara penstriman langsung di astroawani.com.
Branson turut membawa Ketua Pengajar Angkasawan di Virgin Galactic, Beth Moses; ketua jurutera operasi Virgin Galactic, Colin Bennett dan Naib Presiden hal ehwal dan penyelidikan kerajaan Virgin Galactic, Sirisha Bandla.
Ini merupakan penerbangan keempat syarikat Virgin Galactic ke angkasa lepas.
BACA: Richard Branson bersedia untuk ke angkasa lepas
Selain Branson, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Tesla Inc, Elon Musk menerusi Blue Origin juga dijangka berlepas ke angkasa lepas pada 20 Julai ini.
#Richard Branson #Angkasa #Virgin Galactic #VSS Unity #VMS Eve #Spaceport America