[TERKINI] Mohd Khalid Dilantik Ketua Polis Negara ke-15 – Ikuti Laporan Penuh di Sini
INTERNATIONAL

Richard Branson bersedia untuk ke angkasa lepas

Agencies 11/07/2021 | 14:01 MYT
Virgin Galactic menjadi syarikat roket pertama yang menerbangkan pengasas syarikatnya ke angkasa lepas. - Foto AP
VIRGIN Galactic menjadi syarikat roket pertama yang menerbangkan pengasas syarikatnya ke angkasa lepas.
Richard Branson, 70, bakal menempuh penerbangan bersejarah itu dalam beberapa minit lagi.
Beliau akan terbang ke angkasa lepas menggunakan kapal VSS Unity yang dilancarkan menerusi roket VMS Eve.
Branson juga akan menyertai lima pekerja syarikatnya untuk penerbangan ujian dari New Mexico itu.
Ini merupakan penerbangan keempat syarikat tersebut ke angkasa lepas.
#Richard Branson #Virgin Galactic #Angkasa Lepas