awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
MediaTek lancar cip Dimensity 7100 untuk peranti 5G mampu milik
Dua kru TLDM terlibat insiden helikopter Super Lynx dirawat di ICU, zon kuning
Objek disyaki serpihan dari angkasa ditemukan di pesisir pantai di Pekan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Roberto Carlos stabil selepas jalani pembedahan jantung kecemasan

Astro Awani
Astro Awani
01/01/2026
08:40 MYT
Roberto Carlos stabil selepas jalani pembedahan jantung kecemasan
Legenda bola sepak Brazil, Roberto Carlos stabil selepas menjalani pembedahan jantung di Brazil. -Foto fail/Reuters
RIO DE JANEIRO: Legenda bola sepak Brazil dan bekas pemain Real Madrid, Roberto Carlos, dilaporkan stabil selepas menjalani pembedahan jantung kecemasan di sebuah hospital di Brazil.

Ringkasan AI
  • Roberto Carlos, legenda bola sepak Brazil, stabil selepas menjalani pembedahan jantung di Brazil akibat darah beku di kaki.
  • Pemeriksaan lanjut menunjukkan masalah jantung yang memerlukan tindakan segera, dan Carlos menjalani prosedur memasukkan tiub khas ke saluran darahnya.
  • Beliau kini dalam proses pemulihan dan mengucapkan terima kasih kepada peminat di seluruh dunia, sementara komuniti bola sepak terus mengirimkan ucapan semangat melalui media sosial.

Klik di sini untuk FAQ berkaitan artikel ini
Pemain berusia 52 tahun itu dimasukkan ke hospital ketika bercuti di tanah airnya selepas dikesan mengalami darah beku kecil di kaki.
Pemeriksaan lanjut melalui imbasan MRI seluruh badan mendedahkan masalah jantung yang memerlukan tindakan segera.
Carlos menjalani prosedur memasukkan tiub khas ke dalam saluran darahnya.
Menurut laporan Goal.com, pembedahan dilakukan selepas doktor mengesan keadaan jantung berisiko tinggi jika tidak dirawat segera.
Dalam kenyataan ringkas kepada media, Carlos memaklumkan beliau kini dalam proses pemulihan dan berterima kasih atas doa serta sokongan peminat di seluruh dunia.
“Saya sedang pulih dengan baik dan berterima kasih kepada semua yang mendoakan kesihatan saya,” katanya seperti dipetik oleh Click2Houston.
Sebelum insiden kesihatan itu, Carlos baru sahaja menghadiri majlis undian rasmi Piala Dunia FIFA 2026 di Kennedy Center, Washington, pada awal Disember lalu.
Beliau turut ditemu bual oleh pelakon Danny Ramirez dalam sesi khas sempena acara tersebut.
Roberto Carlos dikenang sebagai antara pemain pertahanan kiri terbaik dalam sejarah bola sepak, terkenal dengan rembatan deras dan sepakan percuma melengkung yang ikonik.
Sepanjang kariernya, beliau mewakili Brazil sebanyak 125 kali dan membantu negaranya menjuarai Piala Dunia 2002.
Peminat dan komuniti bola sepak antarabangsa terus mengirimkan ucapan semangat kepada Carlos menerusi media sosial, mendoakan agar beliau segera sembuh.

Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI
  • Q: Mengapakah Roberto Carlos dimasukkan ke hospital? A: Carlos dimasukkan ke hospital selepas dikesan mengalami darah beku kecil di kaki.
  • Q: Apakah masalah kesihatan yang didedahkan melalui pemeriksaan lanjut? A: Pemeriksaan lanjut melalui imbasan MRI mendedahkan masalah jantung yang memerlukan tindakan segera.
  • Q: Apa tindakan perubatan yang dijalani oleh Roberto Carlos? A: Carlos menjalani prosedur memasukkan tiub khas ke dalam saluran darahnya.
  • Q: Apakah yang menyebabkan pembedahan jantung dilakukan secara mendadak? A: Pembedahan dilakukan kerana doktor mengesan keadaan jantung berisiko tinggi jika tidak dirawat segera.
  • Q: Bagaimanakah Roberto Carlos memberi keterangan mengenai keadaannya selepas pembedahan? A: Carlos memberitahu media bahawa beliau berada dalam proses pemulihan dan mengucapkan terima kasih kepada peminat yang mendoakan kesihatannya.

Topic Berkaitan
#roberto carlos
#legenda bola sepak Brazil
#pembedahan jantung
#darah beku
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan