DUNIA
Roger Ng gagal rayuan batal sabitan kes 1MDB di Mahkamah AS
Roger Ng (tengah) gagal dalam usaha terakhir membatalkan sabitan bersalah di mahkamah persekutuan AS berhubung peranannya dalam skandal penyelewengan dana 1MDB. -Foto fail/Reuters
NEW YORK: Bekas pegawai bank Goldman Sachs, Roger Ng Chong Hwa, gagal dalam usaha terakhir membatalkan sabitan bersalah di mahkamah persekutuan Amerika Syarikat (AS) berhubung peranannya dalam skandal penyelewengan dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Ringkasan AI
Klik di sini untuk FAQ berkaitan artikel ini
Panel tiga hakim Mahkamah Rayuan Sirkit Kedua AS di Manhattan pada 5 Disember lalu sebulat suara menolak rayuan Ng, 51, yang mendakwa perbicaraannya pada 2022 tidak adil, lapor Bloomberg.
Dalam penghakiman setebal 50 muka surat, Hakim Sirkit Amalya Kearse berkata mahkamah tidak mendapati hujah Ng meyakinkan.
Ng, satu-satunya pegawai Goldman Sachs yang dibicarakan di AS berhubung skandal 1MDB, disabitkan atas tiga pertuduhan termasuk bersubahat melanggar undang-undang antirasuah AS dan pengubahan wang haram.
Dia dijatuhi hukuman penjara 10 tahun oleh juri persekutuan di Brooklyn, New York pada 2022.
Dalam rayuannya, Ng berhujah bahawa mahkamah perbicaraan menafikan hak pembelaannya apabila tidak membenarkan juri mendengar rakaman perbualan video antara isterinya dan bekas bosnya, Tim Leissner.
Rakaman itu, menurut Ng, boleh membuktikan bahawa bayaran AS$35 juta yang diterimanya bukan sogokan, sebaliknya berkaitan pelaburan antara isteri masing-masing.
Namun, mahkamah rayuan berpandangan rakaman itu tidak cukup untuk menjustifikasikan pembatalan sabitan.
Ng turut mendakwa kerajaan AS melanggar perjanjian ekstradisi dan kes itu tidak sepatutnya dibicarakan di Brooklyn. Semua dakwaan itu ditolak oleh mahkamah.
Menurut pendakwa raya, Ng bersama Leissner dan ahli perniagaan dalam buruan, Low Taek Jho atau Jho Low, merancang dan melaksanakan skim penipuan melibatkan pengeluaran bon bernilai berbilion dolar oleh 1MDB.
Leissner mengaku bersalah dan memperoleh AS$73.4 juta daripada skim itu, manakala Ng menerima AS$35.1 juta.
Jho Low pula didakwa menyeleweng AS$1.42 bilion dan membayar rasuah kepada pegawai di Malaysia dan Abu Dhabi untuk mendapatkan kelulusan urus niaga bon yang diatur oleh Goldman Sachs.
Ng dibenarkan pulang ke Malaysia pada 2023 untuk membantu siasatan pihak berkuasa tempatan sebelum dijadual menjalani hukuman penjara di AS.
Peguam Ng belum mengeluarkan kenyataan rasmi berhubung keputusan terbaharu ini.
Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI
Ringkasan AI
- Bekas pegawai bank Goldman Sachs, Roger Ng Chong Hwa, gagal membatalkan sabitan bersalahnya dalam skandal 1MDB di mahkamah persekutuan AS, dianggap sebagai salah satu jenayah kewangan terbesar dalam sejarah moden.
- Mahkamah Rayuan Sirkit Kedua AS menolak rayuan Ng yang mendakwa perbicaraannya tidak adil; hakim menyatakan hujahnya tidak meyakinkan.
- Ng bersama dengan Tim Leissner dan Jho Low dirancang dan melaksanakan skim penipuan melibatkan pengeluaran bon bernilai berbilion dolar oleh 1MDB, dengan Leissner mengaku bersalah dan Ng menerima AS$35.1 juta.
Panel tiga hakim Mahkamah Rayuan Sirkit Kedua AS di Manhattan pada 5 Disember lalu sebulat suara menolak rayuan Ng, 51, yang mendakwa perbicaraannya pada 2022 tidak adil, lapor Bloomberg.
Dalam penghakiman setebal 50 muka surat, Hakim Sirkit Amalya Kearse berkata mahkamah tidak mendapati hujah Ng meyakinkan.
Ng, satu-satunya pegawai Goldman Sachs yang dibicarakan di AS berhubung skandal 1MDB, disabitkan atas tiga pertuduhan termasuk bersubahat melanggar undang-undang antirasuah AS dan pengubahan wang haram.
Dia dijatuhi hukuman penjara 10 tahun oleh juri persekutuan di Brooklyn, New York pada 2022.
Dalam rayuannya, Ng berhujah bahawa mahkamah perbicaraan menafikan hak pembelaannya apabila tidak membenarkan juri mendengar rakaman perbualan video antara isterinya dan bekas bosnya, Tim Leissner.
Rakaman itu, menurut Ng, boleh membuktikan bahawa bayaran AS$35 juta yang diterimanya bukan sogokan, sebaliknya berkaitan pelaburan antara isteri masing-masing.
Namun, mahkamah rayuan berpandangan rakaman itu tidak cukup untuk menjustifikasikan pembatalan sabitan.
Ng turut mendakwa kerajaan AS melanggar perjanjian ekstradisi dan kes itu tidak sepatutnya dibicarakan di Brooklyn. Semua dakwaan itu ditolak oleh mahkamah.
Menurut pendakwa raya, Ng bersama Leissner dan ahli perniagaan dalam buruan, Low Taek Jho atau Jho Low, merancang dan melaksanakan skim penipuan melibatkan pengeluaran bon bernilai berbilion dolar oleh 1MDB.
Leissner mengaku bersalah dan memperoleh AS$73.4 juta daripada skim itu, manakala Ng menerima AS$35.1 juta.
Jho Low pula didakwa menyeleweng AS$1.42 bilion dan membayar rasuah kepada pegawai di Malaysia dan Abu Dhabi untuk mendapatkan kelulusan urus niaga bon yang diatur oleh Goldman Sachs.
Ng dibenarkan pulang ke Malaysia pada 2023 untuk membantu siasatan pihak berkuasa tempatan sebelum dijadual menjalani hukuman penjara di AS.
Peguam Ng belum mengeluarkan kenyataan rasmi berhubung keputusan terbaharu ini.
Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI
- Q: Apakah keputusan terkini Mahkamah Rayuan Sirkit Kedua AS berhubung rayuan bekas pegawai bank Goldman Sachs, Roger Ng Chong Hwa?
A: Panel tiga hakim Mahkamah Rayuan menolak rayuan Ng yang mendakwa perbicaraannya tidak adil, dan memutuskan untuk mengekalkan sabitan bersalah terhadapnya. - Q: Apakah hujah yang dikemukakan oleh Roger Ng Chong Hwa dalam rayuannya?
A: Ng berhujah bahawa mahkamah perbicaraan tidak membenarkan juri mendengar rakaman perbualan video antara isterinya dan bekas bosnya, Tim Leissner, yang kononnya boleh membuktikan bahawa bayaran yang diterimanya bukan sogokan. - Q: Apakah kesan keputusan Mahkamah Rayuan terhadap hukuman yang dijatuhkan terhadap Roger Ng Chong Hwa?
A: Keputusan Mahkamah Rayuan tersebut tidak mengubah hukuman penjara 10 tahun yang sebelum ini dijatuhkan ke atas Ng oleh juri persekutuan di Brooklyn, New York.