Roket China diramal jatuh hari ini, lokasi terhempas belum dapat dipastikan

Astro Awani
Mei 9, 2021 00:49 MYT
Roket Long March 5B, yang berketinggian sekitar 30 meter dengan berat 20 tan, dijangka memasuki atmosfera bumi pada 9 Mei, jam 4.19 pagi waktu UTC. -AP
ROKET negara China yang dilapor hilang kawalan baru-baru ini dijangka memasuki atmosfera bumi pada hujung minggu ini.
Ramalan terbaharu oleh The Aerospace Corporation, roket Long March 5B, yang berketinggian sekitar 30 meter dengan berat 20 tan, itu dijangka memasuki atmosfera bumi pada 9 Mei, jam 4.19 pagi waktu UTC (12.19 waktu Malaysia).

Our latest prediction for #LongMarch5B CZ-5B rocket body reentry is 09 May 2021 04:19 UTC ± 8 hours along the ground track shown here. Follow this page for updates: https://t.co/p2AU9zVEpA pic.twitter.com/rsE6yzcnHb

— The Aerospace Corporation (@AerospaceCorp) May 7, 2021
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Menurut kenyataan jurucakap Jabatan Pertahanan Amerika Syarikat (AS), Mike Howard, US Space Command sedang menjejaki trajektori roket itu.
Walau bagaimanapun lokasi ia terhempas masih belum dapat dipastikan.
"Titik tepat kemasukan roket itu ke atmosfera bumi tidak dapat ditentukan hinggalah setelah beberapa jam ia masuk semula," kata Howard.
Tambahnya, Skuadron Kawalan Angkasa ke-18 sentiasa mengemas kini lokasi roket di laman web Space Track.
Pada masa ini, lokasi pendaratan roket itu dipercayai di tenggara AS, Mexico, Amerika Tengah, Caribbean, Peru, Equador, Colombia, Venezuela, sebahagian Eropah Selatan, sebahagian besar Afrika Utara dan Tengah, Asia Barat, India Selatan dan Australia.

NEW Our latest prediction for #LongMarch5B CZ-5B rocket body reentry is 09 MAY 2021 03:26 ± 2 hours along the ground track shown here. 1/ pic.twitter.com/Jn4A4IJQAD

— The Aerospace Corporation (@AerospaceCorp) May 8, 2021
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
#Roket China #hilang kawalan #Long March 5B #8 Mei #trajektori #Mike Howard #US Space Command #terhempas #Jabatan Pertahanan Amerika Syarikat