DUNIA
Roket H3 Jepun gagal tempatkan satelit geolokasi ke orbit
Agensi Eksplorasi Aeroangkasa Jepun (JAXA) sedang menyiasat punca enjin peringkat kedua terhenti lebih awal yang berlaku sejurus selepas pelancaran dari Pusat Angkasa Tanegashima di Wilayah Kagoshima. - Foto Reuters
TOKYO: Roket H3 Jepun yang membawa satelit keenam bagi sistem geolokasi tujuh satelit gagal menempatkan muatannya ke orbit selepas dilancarkan pada Isnin, menurut Kementerian Sains negara itu, lapor Kyodo News.
Ringkasan AI
Agensi Eksplorasi Aeroangkasa Jepun (JAXA) sedang menilai keadaan dan menyiasat punca enjin peringkat kedua terhenti lebih awal yang berlaku sejurus selepas pelancaran dari Pusat Angkasa Tanegashima di Wilayah Kagoshima.
Ditempatkan pada beberapa satah orbit, Sistem Satelit Quasi-Zenith akan membolehkan Jepun mengendalikan perkhidmatan penentududukan berketepatan tinggi yang penting untuk telefon pintar dan navigasi kenderaan, meliputi hampir 100 peratus kawasan Jepun, termasuk kawasan bandar yang dikelilingi bangunan tinggi serta kawasan pergunungan, menurut JAXA.
Pelancaran Michibiki No. 5 dari sebuah pulau di barat daya Jepun pada asalnya dijadualkan pada 7 Dis, namun dijadualkan semula ke Rabu lepas dan kemudiannya Isnin selepas ketidaknormalan dikesan pada roket dan kemudahan darat.
Jepun mula mengendalikan sistem geolokasinya sendiri dengan empat satelit pada 2018 bagi meningkatkan ketersediaan dan memperbaiki prestasi Sistem Kedudukan Global (GPS) yang ditadbir Amerika Syarikat.
Michibiki No. 6 telah dilancarkan pada Februari tahun ini. Agensi itu merancang untuk mempunyai 11 satelit geolokasi yang mengorbit Bumi bagi memastikan sistem berkenaan mempunyai lebihan operasi sekiranya berlaku masalah teknikal serta bagi meluaskan liputan.
Menerusi sistem tujuh satelit itu, sekurang-kurangnya satu satelit akan berada di atas wilayah Jepun pada setiap masa, dengan liputan turut meliputi bahagian lain Asia dan Oceania, menurut agensi berkenaan.
-- BERNAMA
Ringkasan AI
- Roket H3 Jepun gagal melepaskan satelit keenam bagi sistem geolokasi tujuh satelit ke orbit selepas pelancaran, kata Kementerian Sains negara itu.
- Satelit Quasi-Zenith penting bagi penentududukan berketepatan tinggi di Jepun, merangkumi hampir 100 peratus kawasan termasuk kawasan bandar dan pergunungan.
- Jepun mengendalikan sistem geolokasi sendiri sejak 2018 dan bercadang untuk mempunyai 11 satelit bagi memastikan kelancaran operasi serta meluaskan liputan ke Asia dan Oceania.