DUNIA
Rom malapkan lampu air pancut Trevi sebagai tanda solidariti bersama Gaza
Demonstrasi itu menarik perhatian pelancong, dengan sebahagian daripada mereka menunjukkan sokongan terhadap kumpulan pro-Palestin berkenaan. - Foto X/Roma Today
ROM: Pihak berkuasa Rom memalapkan lampu Air Pancut Trevi yang ikonik selama satu jam pada Jumaat malam sebagai seruan simbolik untuk gencatan senjata di Semenanjung Gaza, susulan resolusi dewan bandar raya bulan lalu bertajuk "Rom tidak akan berdiam diri", lapor Anadolu Ajansi (AA).
Mesej "Hentikan perang di Gaza" turut dipancarkan pada bahagian hadapan bangunan bersejarah Palazzo Poli di belakang air pancut itu sebagai simbolik kepada gesaan gencatan senjata.
Sekumpulan penunjuk perasaan pro-Palestin berhimpun di hadapan air pancut berkenaan sambil mengibarkan bendera Palestin sebagai membantah apa yang mereka sifatkan sebagai genosid oleh Israel di Gaza.
Mesej yang dipancarkan merujuk kepada "perang", namun penunjuk perasaan memegang sepanduk bertulis: "Apa yang berlaku di Gaza bukan perang, ia adalah genosid."
Sebahagian mereka turut melaungkan slogan yang menuduh Israel melakukan kekejaman terhadap rakyat Palestin yang lebih teruk daripada yang dilakukan oleh Nazi Jerman terhadap orang Yahudi semasa Perang Dunia Kedua.
Mereka turut mengkritik Amerika Syarikat dan Kesatuan Eropah kerana didakwa bersubahat melalui sikap berdiam diri.
Kumpulan itu melaungkan "Bebaskan Palestin", "Hentikan genosid" dan "Dari sungai ke laut, Palestin akan merdeka."
Demonstrasi itu menarik perhatian pelancong, dengan sebahagian daripada mereka menunjukkan sokongan terhadap kumpulan pro-Palestin berkenaan.
-- BERNAMA