awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Harga emas, perak dijangka terus meningkat di sebalik ketidaktentuan jangka pendek - MGA
Pembangunan Dasar Halal Negara pada fasa akhir, dijangka siap Mei ini - Fadillah
SPRM pulangkan wang hasil rasuah, urusan belanja tanggungjawab MOF - Azam Baki
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Rompak, rogol dan bunuh, 'Jack the Ripper China' dihukum mati

Sinar Harian
Sinar Harian
31/03/2018
03:40 MYT
Rompak, rogol dan bunuh, 'Jack the Ripper China' dihukum mati
'Jack the Ripper' dikatakan gemar menjadikan wanita yang tinggal sendirian sebagai mangsa dan menggunakan modus operandi yang sama setiap kali membunuh. - Sumber BBC
Seorang pembunuh bersiri kejam yang bertanggungjawab ke atas pembunuhan 11 wanita di China dijatuhkan hukuman mati semalam.
Gao Chengyong, 53, yang juga digelar 'Jack the Ripper' didapati bersalah melakukan pembunuhan kejam di sekitar wilayah Baiyin antara tahun 1988 and 2002.
Pembunuhan pertama berlaku pada Mei 1988, mangsa adalah seorang wanita berusia 23 tahun yang ditemui maut dengan 26 kesan tikaman.
'Jack the Ripper' dikatakan gemar menjadikan wanita yang tinggal sendirian sebagai mangsa dan menggunakan modus operandi yang sama setiap kali membunuh.
Chengyong akan mengintip dan mengikut mangsa pulang ke rumah sebelum merompak, menodai dan membunuh mereka.
Disifatkan sebagai seorang yang mempunyai kebencian terhadap wanita, Chengyong seringkali mengelar leher mangsa dan mengerat tubuh mereka.
Bapa kepada dua anak itu ditahan pada 2016, 28 tahun selepas Chengyong melakukan pembunuhan.
Tangkapan dibuat secara tidak sengaja apabila pakciknya ditahan kerana melakukan jenayah kecil.
Chengyong dikatakan memberikan sampel DNA kepada pihak polis yang kemudian mengaitkannya dengan pembunuhan bersiri tersebut.
Di China hukuman mati dijalankan melalui kaedah suntikan maut ataupun skuad penembak. - Sumber BBC
Topic Berkaitan
#anak
#China
#Jack The Ripper
#jenayah
#mangsa
#mati
#maut
#polis
#wanita
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan