DUNIA
Rompakan Muzium Louvre: Wanita berusia 38 ditahan, permata bernilai AS$102 juta masih hilang
Anggota pasukan keselamatan memerhati orang ramai beratur panjang di luar Muzium Louvre, Paris, pada Khamis lalu. Kawalan keselamatan di muzium berkenaan semakin dipertingkatkan selepas kes kecurian berlaku pada 19 Oktober lalu. - Gambar AP
PARIS: Seorang wanita berusia 38 tahun telah dihadapkan ke mahkamah pada Sabtu berhubung kes rompakan permata bernilai AS$102 juta di Muzium Louvre, di sini, yang disifatkan sebagai antara kecurian paling berani dalam sejarah muzium Perancis.
Wanita berkenaan yang menangis ketika mengesahkan identiti dan alamatnya di La Courneuve, kini berdepan pertuduhan bersubahat dalam kecurian terancang dan konspirasi jenayah.
Prosiding mahkamah diteruskan secara tertutup atas permintaan pihak pendakwaan.
Setakat ini, tujuh individu telah ditahan berhubung kejadian rompakan yang berlaku secara terang-terangan bulan lalu.
Dalam insiden itu, pencuri bersenjata menyerbu muzium paling ramai dikunjungi di dunia dan melarikan diri dalam tempoh kurang tujuh minit.
Dua lelaki yang ditahan sebelum ini telah didakwa atas kesalahan mencuri dan berkonspirasi, selepas sebahagian daripada mereka mengaku terlibat.
Seorang suspek, warga Algeria berusia 34 tahun, dikenal pasti melalui DNA yang ditemui pada skuter yang digunakan untuk melarikan diri.
Sementara, seorang lagi lelaki berusia 39 tahun yang juga pemandu teksi tanpa lesen dari Aubervilliers, ditahan berhampiran kediamannya.
Polis percaya kedua-dua suspek bertindak melakukan pecah masuk, manakala rakan mereka menunggu di luar.
Mereka juga dipercayai mempunyai rekod jenayah lampau.
Lima lagi individu ditahan minggu ini di sekitar kawasan Seine-Saint-Denis, namun seorang daripadanya telah dibebaskan tanpa sebarang pertuduhan.
Peguam Sofia Bougrine, mengkritik tindakan penahanan secara meluas itu dan menyifatkannya sebagai "jaring pukat tunda" yang menangkap individu tanpa bukti kukuh.
Siasatan mendapati barang kemas yang dicuri masih belum ditemui.
Ketika melarikan diri, pencuri dilaporkan telah menjatuhkan mahkota bertatahkan berlian dan zamrud yang pernah dimiliki oleh Maharani Eugenie, isteri kepada Napoleon III.
Antara barangan lain yang masih hilang termasuk rantai berlian dan zamrud yang dihadiahkan oleh Napoleon I kepada Maharani Marie-Louise, serta diadem milik Maharani Eugenie yang dihiasi hampir 2,000 butir berlian. - Agensi