Ronaldo nafi adakan hubungan seks dengan pempengaruh Venezuela

Agensi
Mac 3, 2023 07:00 MYT
Georgilaya mendakwa Ronaldo menghantar mesej menjemputnya ke bilik hotel. -Instagram
BINTANG bola sepak Cristiano Ronaldo menafikan sekeras-kerasnya dakwaan media Portugis bahawa dia mengadakan hubungan seks dengan seorang pempengaruh Venezuela di sebuah hotel di Portugal tahun lalu.
Pempengaruh yang dikenali sebagai Georgilaya itu mendakwa Ronaldo menghantar mesej menjemputnya ke bilik hotelnya selepas dia mengambil swafoto dengan beberapa pemain.
"Apabila saya membaca mesej itu, saya fikir dia hanya mahu berbual, mengenali antara satu sama lain dan mungkin saya boleh mengambil beberapa keping gambar lagi. Saya tidak menyangka kami akan tidur bersama.
"Walaupun saya membenarkan ia berlaku, tetapi saya berasa dimanipulasi oleh kemasyhuran dan kuasa yang dimiliki Ronaldo," katanya seperti dipetik The Sun UK.
Ronaldo menafikan dakwaan itu dan menyifatkan ia sebagai 'fitnah besar'.
Georgilaya yang sudah berkahwin mendakwa insiden itu berlaku pada 25 Mac tahun lalu, ketika pasukan Portugal sedang membuat persiapan untuk Piala Dunia Qatar.
Dia juga mendedahkan dibelenggu rasa bersalah malah hampir menyebabkan rumah tangganya runtuh.
Georgilaya mendakwa bahawa Ronaldo membawanya ke bilik 312, di mana dia bersetuju untuk melakukan hubungan seks tetapi berasa digunakan selepas itu.
#Cristiano Ronaldo #georgilaya #pempengaruh #Venezuela