DUNIA
Rubio tiba di Israel ketika IDF musnahkan lebih banyak bangunan di Bandaraya Gaza
Rubio dan Netanyahu (kiri), melawat Tembok Ratapan, lokasi paling suci dalam tradisi Yahudi, yang terletak di Kota Lama Baitulmaqdis. - Foto AP
BANDARAYA GAZA: Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS), Marco Rubio, tiba di Israel pada Ahad untuk membincangkan konflik Gaza, ketika serangan udara oleh Pasukan Pertahanan Israel (IDF) terus memusnahkan bangunan kediaman di Bandaraya Gaza dan memaksa ribuan penduduk melarikan diri.
Ringkasan AI
Rubio bertemu Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, dan melawat lokasi simbolik seperti Tembok Ratapan di Jerusalem.
Lawatannya berlaku selepas serangan Israel ke atas pemimpin Hamas di Qatar yang mencetuskan kecaman antarabangsa, termasuk dari Washington sendiri.
Dalam kenyataan sebelum berlepas, Rubio mengakui Presiden Donald Trump tidak berpuas hati dengan serangan tersebut, namun menegaskan hubungan AS-Israel kekal kukuh.
“Kita perlu teruskan dan tentukan langkah seterusnya,” katanya.
Sementara itu, IDF melancarkan lima gelombang serangan udara ke atas Bandaraya Gaza sepanjang minggu lalu, menyasarkan lebih 500 lokasi termasuk bangunan tinggi yang didakwa digunakan oleh Hamas sebagai pusat pemerhatian, terowong dan simpanan senjata.
Rakaman dari lapangan menunjukkan menara al-Kawthar dan beberapa bangunan lain musnah sepenuhnya, menyebabkan lebih 250,000 penduduk Bandaraya Gaza terpaksa berpindah ke kawasan selatan yang turut diserang.
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu memberi amaran bahawa tindakan Israel untuk menduduki Bandaraya Gaza akan memperburuk krisis kemanusiaan, terutamanya selepas pengisytiharan rasmi mengenai kebuluran di kawasan tersebut pada Ogos lalu.
Rubio turut menyatakan keutamaan AS adalah pembebasan semua tebusan dan penamatan konflik.
Ketika ini, 48 warga Israel masih ditahan oleh Hamas, dengan hanya 20 dipercayai masih hidup.
Dapatkan berita terkini di sini
Ringkasan AI
- Marco Rubio tiba di Israel untuk membincangkan konflik Gaza, ketika IDF terus melancarkan serangan udara yang memusnahkan ratusan bangunan di Bandaraya Gaza.
- Lebih 250,000 penduduk Gaza terpaksa berpindah, susulan lima gelombang serangan IDF ke atas lebih 500 lokasi, termasuk bangunan tinggi yang didakwa digunakan oleh Hamas.
- Rubio tegaskan hubungan AS-Israel kekal kukuh, meskipun Presiden Donald Trump tidak berpuas hati dengan serangan ke atas pemimpin Hamas di Qatar; keutamaan AS ialah pembebasan tebusan dan penamatan konflik.