awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Istana nafi Tengku Ampuan Pahang tawar bantuan wang tunai melalui media sosial
Anwar, Haluk bincang usaha kukuh pertahanan Malaysia-Turkiye
FPA kecam sekatan media Israel ke Gaza, bawa isu ke Mahkamah Agung
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Rumah filem 'Home Alone' kini boleh ditempah bermula RM106 semalam

Agensi
Agensi
03/12/2021
14:21 MYT
Rumah filem 'Home Alone' kini boleh ditempah bermula RM106 semalam
Mereka yang berjaya menempah bakal bermalam di rumah yang terletak di Chicago pada 12 Disember ini. - Gambar/ Twitter /@getFANDOM
CHICAGO: Mereka yang pernah menonton filem Home Alone pastinya terbayang suasana rumah tersebut yang menjadi ikon latar belakang filem tersebut.
Tetapi bagaimana pula dengan suasana sebenar rumah tersebut? Adakah ia sama seperti yang digambarkan dalam filem itu?
Ini berita baik kepada mereka yang menyimpan impian zaman kanak-kanak untuk bermalam di rumah ikonik itu. Airbnb kini menawarkan pakej 'percutian' hanya satu malam dengan tempahan serendah AS$25 (RM106), bermula 7 Disember ini.
Bagaimanapun, penghuni dihadkan kepada empat orang sahaja, memetik laporan BBC.
Mereka yang berjaya menempah bakal bermalam di rumah yang terletak di Chicago pada 12 Disember ini.
Lebih menarik lagi, tetamu akan disambut oleh Devin Ratray yang membawa watak abang Kevin McCallister dalam filem berkenaan.
Namun demikian alamat penuh rumah 'misteri' itu tidak akan didedahkan sehingga tempahan berjaya dibuat.
Sementara itu Guardian yang memetik kenyataan Airbnb melaporkan, percutian itu bakal menjadi 'hadiah' Krismas kepada mereka yang berjaya membuat tempahan.
Airbnb turut menasihati 'penghuni' rumah berkenaan untuk mematuhi semua peraturan dan prosedur operasi standard (SOP) COVID-19 yang ditetapkan.
Topic Berkaitan
#Home Alone
#Airbnb
#percutian
#tempahan sempena krismas
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan