DUNIA
Rumah patung 'Annabelle' ada pemilik baharu, bakal dipertonton kepada umum
Patung Raggedy Ann diberi nama Annabelle yang dikatakan berhantu dalam francais filem "The Conjuring". -Foto Wikipedia
MONROE: Rumah yang menempatkan patung ‘Annabelle’ yang terkenal dalam dunia paranormal kini mempunyai pemilik baharu.
Ringkasan AI
Ia selepas pelawak Amerika Syarikat Matt Rife membeli kediaman dan Muzium Occult milik mendiang Ed dan Lorraine Warren.
Rife dilapor membeli rumah dan muzium milik mendiang penyiasat paranormal itu yang menempatkan koleksi artifak berhantu termasuk patung Annabelle yang terkenal dalam francais filem "The Conjuring".
Rife, bersama rakan YouTuber Elton Castee, kini menjadi penjaga sah kepada lebih 750 artifak berhantu termasuk patung Raggedy Ann yang dikatakan dirasuk.
Mereka akan memegang tanggungjawab tersebut sekurang-kurangnya untuk tempoh lima tahun.
“Saya secara rasmi telah membeli rumah dan Muzium Occult Ed dan Lorraine Warren, termasuk menjadi penjaga sah kepada keseluruhan koleksi berhantu, termasuk patung ANNABELLE,” kata Rife dalam satu hantaran Instagram yang disifatkan sebagai 'pengumuman gila'.
Rife, yang mengakui obses dengan dunia paranormal dan filem seram, merancang untuk membuka rumah tersebut kepada orang awam bagi lawatan muzium dan penginapan semalaman.
“Kami mahu orang ramai merasai sendiri sejarah seram yang menyelubungi tempat ini,” katanya.
Pembelian ini berlaku hanya beberapa minggu selepas kematian mengejut Dan Rivera, penyiasat utama New England Society for Psychic Research (NESPR) dan penjaga patung Annabelle semasa jelajah muzium.
Rivera, 54, ditemukan meninggal dunia di sebuah hotel ketika menyertai acara bersama patung tersebut. Polis menyatakan tiada unsur mencurigakan ditemui di lokasi.
Patung Annabelle, yang disimpan dalam kotak kaca bertanda “Amaran: Jangan Buka”, terus menjadi tumpuan dalam jelajah muzium NESPR di seluruh Amerika Syarikat.
Ia dijadualkan muncul di beberapa acara termasuk di Maine dan Kentucky sepanjang musim luruh ini.
Muzium Occult Warren sebelum ini ditutup kepada umum pada 2019 akibat isu zon perumahan, namun pembelian oleh Rife dan Castee dijangka menghidupkan semula minat terhadap sejarah seram yang dikaitkan dengan pasangan Warren, yang terkenal melalui kes Amityville dan filem "The Conjuring".
Ringkasan AI
- Matt Rife membeli rumah dan Muzium Occult milik Ed dan Lorraine Warren yang menempatkan patung Annabelle.
- Rife dan Elton Castee menjadi penjaga sah kepada lebih 750 artifak berhantu dan merancang membuka muzium kepada umum.
- Pembelian berlaku selepas kematian Dan Rivera dan dijangka menghidupkan semula minat terhadap sejarah seram pasangan Warren.