awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
MALAYSIA
[KOLUMNIS] Penyasaran subsidi elak ketirisan, pastikan rakyat layak, nikmati manfaat
MALAYSIA
Melaka perkenal lafaz taklik dalam bentuk Braille
HIBURAN
Isu herpes mulut, Kieda dedah luka makin sembuh, kedai tak diarah tutup
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

DUNIA

Rumah percutian, hutan musnah dalam kebakaran dekat Athens

Bernama
Bernama
26/06/2025
22:10 MYT
Sponsor Banner
Rumah percutian, hutan musnah dalam kebakaran dekat Athens
Jurucakap bomba mengesahkan, 12 helikopter, 12 pesawat pemadam kebakaran, 80 jentera bomba dan ramai sukarelawan telah dikerahkan untuk memadam kebakaran. (Foto AP)
ATHENS: Kebakaran hutan yang merebak dengan pantas berlaku di tenggara Athens pada Khamis, memusnahkan rumah percutian dan kawasan hutan ketika asap tebal menyelubungi ruang udara, lapor agensi berita Jerman (dpa).
Punca kebakaran itu masih belum diketahui, namun pihak berkuasa berkata suhu tinggi dan angin kencang menyebabkan ia merebak dengan cepat.
Stesen televisyen Greece ERTnews melaporkan, beberapa rumah percutian telah musnah dan kawasan belukar serta hutan yang luas sedang terbakar.
Agensi perlindungan awam telah mengeluarkan amaran kecemasan menggesa penduduk supaya segera meninggalkan kawasan pantai yang terjejas berhampiran bandar Palaia Fokaia, kira-kira 60 kilometer dari Athens.
Polis menyelamatkan 11 pelancong dari sebuah rumah percutian di zon bahaya, menurut laporan radio tempatan. Perkhidmatan bomba berkata kompleks hotel tidak berada dalam ancaman segera.
Jurucakap bomba mengesahkan, 12 helikopter, 12 pesawat pemadam kebakaran, 80 jentera bomba dan ramai sukarelawan telah dikerahkan untuk memadam kebakaran.
Suhu di beberapa bahagian Greece mencecah sekitar 40 darjah Celsius dengan angin kencang.
Pihak berkuasa perlindungan awam memberi amaran bahawa gabungan cuaca panas melampau, keadaan kering dan angin kuat boleh menyebabkan kebakaran kecil bertukar menjadi kebakaran besar dalam beberapa minit.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#kebakaran Athens
#rumah percutian musnah
#kebakaran hutan
#Greece
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami