awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Hati-hati sapu minyak urut pada anak, jangan main beli!
Ikan Temoleh kekal dilindungi, tiada kes dalam tempoh 10 tahun
Pilihan raya Majlis Nasional Palestin ditetapkan pada 1 November
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Rumah Putih lancar akaun TikTok

Bernama
Bernama
20/08/2025
04:20 MYT
Rumah Putih lancar akaun TikTok
Langkah itu dilihat sebagai usaha membantu Presiden AS Donald Trump mencapai khalayak lebih luas dan lebih muda, ketika ketegangan dengan China semakin reda. - Gambar/ Reuters
WASHINGTON: Rumah Putih pada Selasa melancarkan akaun rasmi TikTok ketika penggubal undang-undang Amerika Syarikat (AS) masih melihat aplikasi milik China itu sebagai isu keselamatan negara.

Ringkasan AI
  • Rumah Putih melancarkan akaun rasmi TikTok sebagai usaha mendekati khalayak muda, meskipun aplikasi itu masih dianggap isu keselamatan negara oleh penggubal undang-undang AS.
  • Langkah ini diambil menjelang tarikh akhir 17 September yang menghendaki ByteDance menjual operasi TikTok di AS atau berdepan larangan persekutuan, susulan undang-undang yang ditandatangani Joe Biden pada April 2024.
  • Presiden Donald Trump telah beberapa kali melanjutkan tarikh akhir larangan sejak memegang jawatan, walaupun undang-undang tersebut mendapat sokongan dwipartisan di Kongres.

Langkah itu dilihat sebagai usaha membantu Presiden AS Donald Trump mencapai khalayak lebih luas dan lebih muda, ketika ketegangan dengan China semakin reda dan kurang sebulan sebelum tarikh akhir yang menghendaki syarikat induk TikTok, ByteDance Ltd., menjual aplikasi itu atau berdepan larangan persekutuan.
Pada April 2024, Presiden AS ketika itu Joe Biden menandatangani undang-undang yang mewajibkan ByteDance melepaskan operasi AS atau berdepan larangan di seluruh negara dengan alasan risiko keselamatan negara.
Rang undang-undang itu diluluskan dengan sokongan dwipartisan di Kongres.
Larangan itu pada asalnya dijadual berkuat kuasa Januari lalu, tetapi Trump beberapa kali melanjutkan tarikh akhir sejak beliau memegang jawatan pada bulan yang sama.
Pada Jun, Trump menandatangani perintah eksekutif yang memberikan lanjutan terkini, yang akan tamat pada 17 Sept.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#White House
#TikTok
#Donald Trump
#ByteDance
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan