Rumah runtuh di China, lapan terkorban

Agensi
Oktober 10, 2016 07:43 MYT
Pekerja melakukan kerja-kerja mencari dan menyelamat mangsa di tapak kejadian bangunan runtuh di Wenzhou, wilayah Zhejiang, China, Oktober 10, 2016. - REUTERS
Lapan orang terbunuh apabila beberapa buah rumah runtuh di China pada Isnin.
Empat bangunan kediaman itu runtuh pada awal pagi di Wenzhou yang terletak di wilayah timur Zhejiang, menurut pihak berkuasa daerah Lucheng dalam satu catatan di media sosial.
Lapan orang ditemui mati dan lima telah diselamatkan pada tengah hari Isnin, katanya, tanpa memberitahu jumlah mangsa yang hilang.
Agensi berita rasmi Xinhua berkata pihak penyelamat masih sedang mengesahkan bagi memastikan bilangan mangsa yang terperangkap di bawah runtuhan.
Terdahulu, media sosial melaporkan "anggaran awal" menyatakan lebih daripada 20 orang telah tertimbus.
Punca keruntuhan itu sedang disiasat.
#China #rumah runtuh