Kerajaan Thailand bersetuju dengan cadangan Majlis Syura Patani (Mara Patani) supaya menjadikan proses damai yang diadakan, sebagai Agenda Nasional.
SetiausahaJawatankuasa Pemandu Rundingan Damai Kerajaan, Lt Jen Nakrob Bunbuathong, berkata perkara itu adalah antara tiga cadangan yang dikemukakan Mara Patani, badan yang memayungi enam kumpulan militan, dalam rundingannya dengan kerajaan Thailand.
"Perdana Menteri Jen Prayuth Chan-O-Cha memberi kelulusan supaya istilah 'Agenda Nasional' dimasukkan dalam Dasar Pentadbiran dan Pembangunan Wilayah Sempadan Selatan yang baharu sebelum dibawa kepada Dewan Perundangan Nasional untuk disahkan.
"Ia akan dicatat secara jelas bahawa menyelesaikan masalah di wilayah selatan dan rundingan damai adalah Agenda Nasional," katanya pada majlis taklimat mengenai kemajuan yang dicapai dalam rundingan damai selatan Thailand di Kelab Pewarta Asing Thailand (FCCT) di sini, malam tadi.
Mara Patani telah dimaklumkan tentang keputusan Bangkok menerima cadangannya agar rundingan damai yang diadakan atas daya usaha Malaysia, diberi status Agenda Nasional.
BACA: Mara Patani disaran contohi rundingan damai kerajaan Filipina-MILF
Bernama
Thu Feb 25 2016
Mara Patani telah dimaklumkan tentang keputusan Bangkok menerima cadangannya agar rundingan damai yang diadakan atas daya usaha Malaysia, diberi status Agenda Nasional. - Gambar hiasan
Banjir: 444 mangsa terjejas di empat negeri
Perak kekal mencatatkan jumlah mangsa banjir tertinggi iaitu 220 mangsa daripada 68 keluarga dan ditempatkan di dua PPS.
Anda kelak boleh seru Google Gemini dengan memanggil 'Hey, Gemini'
Gemini iaitu chatbot AI Google yang secara perlahan akan menjadi pembantu maya/digital baharu menggantikan Google Assistant.
Banjir kilat: SK Nanga Budu ditutup selepas air naik ke paras dada
Kawasan yang terlibat adalah bangunan dewan sekolah serta bangunan bagi prasekolah.
Final Jelajah Dunia BWF: Lee Zii Jia siap sedia hadapi cabaran sebenar bertemu tuan rumah
"Semua pemain di sini adalah pilihan terbaik tatkala mahu merangkul kejuaraan. Saya berpuas hati dengan tahap prestasi saya setakat ini." - Zii Jia
Ringgit dibuka tidak berubah berbanding dolar AS
Ringgit dibuka tidak berubah berbanding dolar AS dalam dagangan awal hari ini walaupun walaupun indeks dolar AS (DXY) lebih tinggi.
AWANI Pagi: Satira dan Parodi: Batas kebebasan di bawah RUU 588
Diskusi 8.30 pagi Jumaat Isnin bersama Profesor Datuk Dr. Azizul Halim Yahya,Profesor Komunikasi, Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media, Universiti Teknologi MARA, UiTM membincangkan mengenai batas dan had kebebasan di bawah RUU 588 berhubung isu satira dan parodi yang kontroversi baru-baru ini.
Buaya di Teluk Batik: Perhilitan nasihat orang awam berwaspada
Perhilitan Perak terus memantau persekitaran Pantai Teluk Batik susulan penampakan kehadiran seekor buaya di kawasan itu semalam.
Polis tembak mati lelaki miliki 24 kes rekod jenayah di Jeram Pasu
Suspek berusia 31 tahun merupakan warga tempatan maut dalam kejadian sekitar jam 5.30 pagi tadi.
NAIO disaran bentuk konsortium perkasa tenaga kerja AI tempatan
Pejabat Kecerdasan Buatan Kebangsaan (NAIO) perlu membentuk satu konsortium antara institut pengajian tinggi (IPT), industri teknologi dan kerajaan dalam memperkasa tenaga kerja tempatan dalam AI.
Sejauh mana gelombang pergolakan pasaran akan berlaku?
Bersama Ketua MIDF Research, Imran Yassin Md Yusof berkongsian penilaian terhadap prospek ekonomi negara di tengah-tengah cabaran global dan domestik.
Rundingan damai selatan Thailand bakal jadi agenda nasional - Pegawai Thailand
Kerajaan Thailand bersetuju dengan cadangan Mara Patani supaya menjadikan proses damai yang diadakan, sebagai Agenda Nasional.