DUNIA
Rundingan damai Ukraine capai "kemajuan besar", perjanjian dijangka tidak lama lagi - Rubio
Rubio bercakap kepada media di Misi AS ke Pertubuhan Antarabangsa di Geneva, Switzerland. - Foto AP
GENEVA: Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS), Marco Rubio, berkata rundingan damai antara Ukraine dan AS di Geneva telah mencapai “kemajuan besar”, dengan harapan perjanjian muktamad dapat dimeterai dalam masa terdekat.
Ringkasan AI
Rubio menyifatkan sesi pertama rundingan sebagai “mungkin yang paling produktif dan bermakna setakat ini”, sambil menekankan bahawa delegasi telah membincangkan isu-isu utama secara terperinci dan berjaya merapatkan jurang perbezaan.
Rundingan ini merupakan sebahagian daripada pelan damai yang dirangka oleh pentadbiran Presiden Donald Trump, bertujuan menamatkan konflik berpanjangan antara Ukraine dan Rusia.
Delegasi dari Ukraine, AS, serta wakil Eropah turut menyertai perbincangan tersebut.
Walaupun tiada perjanjian akhir diumumkan, Rubio berkata pihaknya “jauh lebih hampir” ke arah penyelesaian berbanding sebelumnya.
Beliau turut menyatakan bahawa beberapa isu keselamatan, termasuk peranan NATO dan jaminan keselamatan untuk Ukraine, masih dalam perbincangan lanjut.
Beberapa pemimpin Eropah dilaporkan menyuarakan kebimbangan terhadap cadangan yang dikemukakan, termasuk syarat yang mungkin memerlukan Ukraine mengehadkan kekuatan tenteranya dan menangguhkan hasrat menyertai NATO.
Rundingan dijangka bersambung dalam beberapa hari akan datang, dengan delegasi masing-masing kini meneliti cadangan terkini sebelum kembali ke meja rundingan.
Ringkasan AI
- Rundingan damai antara Ukraine dan AS di Geneva mencapai "kemajuan besar" menurut Setiausaha Negara AS, Marco Rubio, dengan harapan perjanjian muktamad dapat segera dicapai.
- Sesi pertama rundingan disifatkan sebagai yang paling produktif dan bermakna, di mana delegasi membincangkan isu-isu utama serta merapatkan jurang perbezaan antara kedua-dua pihak.
- Rundingan ini merupakan sebahagian daripada usaha pentadbiran Presiden Donald Trump untuk mengakhiri konflik berpanjangan antara Ukraine dan Rusia, dengan beberapa isu keselamatan seperti peranan NATO dan jaminan keselamatan bagi Ukraine masih dalam perbincangan lanjut.