DUNIA
Rundingan damai Ukraine kini 'paling hampir' capai kejayaan - Trump
Pemimpin dari Eropah dan NATO bergambar di Berlin, Jerman. - Foto AP
BERLIN: Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump berkata perjanjian untuk menamatkan perang Rusia-Ukraine kini “lebih hampir berbanding sebelum ini”, susulan rundingan damai yang sedang berlangsung di Berlin bersama pemimpin Eropah dan Presiden Ukraine Volodymyr Zelenskyy.
Bercakap kepada media di White House, Trump berkata beliau telah mengadakan perbincangan panjang dan membina dengan Zelenskyy serta pemimpin dari Britain, Perancis, Jerman dan NATO.
“Saya rasa kita kini lebih hampir kepada keamanan berbanding bila-bila masa sebelum ini,” katanya.
Rundingan di Berlin menyaksikan pemimpin Eropah mencadangkan penubuhan pasukan pelbagai negara sebagai sebahagian daripada jaminan keselamatan yang disokong AS, bagi memastikan Rusia tidak melanggar sebarang perjanjian damai yang bakal dimeterai.
Rusia masih belum memberikan maklum balas rasmi terhadap cadangan tersebut.
Zelenskyy sebelum ini mengakui rundingan dengan wakil Trump, termasuk Steve Witkoff dan Jared Kushner, “tidak mudah” namun membawa “kemajuan” dalam isu jaminan keselamatan.
Beliau turut menyatakan kesediaan Ukraine untuk menggugurkan hasrat menyertai NATO sebagai pertukaran kepada jaminan keselamatan Barat.
Trump menambah bahawa pihaknya turut mengadakan beberapa perbualan dengan Presiden Rusia Vladimir Putin dan menerima sokongan padu daripada pemimpin Eropah yang turut mahu menamatkan konflik yang bermula sejak pencerobohan penuh Rusia ke atas Ukraine pada 2022.