Skip to main content

Dunia

Rundingan di Mesir bertujuan pastikan Israel patuhi pelan hala tuju Gaza - Hamas

People's belongings lie scattered at the site of an Israeli strike on an apartment building in Gaza City, June 4, 2026. REUTERS/Dawoud Abu Alkas TPX IMAGES OF THE DAY
Meskipun gencatan berkuat kuasa sejak Oktober 2025, tentera Israel terus melancarkan serangan di wilayah Gaza. - Gambar fail/Reuters
Advertisement

ISTANBUL: Hamas pada Ahad berkata, rundingannya di Mesir bertujuan memaklumkan kepada pengantara mengenai pelanggaran Israel dan memastikan Tel Aviv mematuhi pelan hala tuju Gaza, lapor Anadolu Ajansi.

"Pertemuan dengan saudara kami di Mesir diadakan dalam rangka komunikasi berterusan dan usaha diplomatik pergerakan ini bersama pihak pengantara," kata jurucakap Hamas Hazem Qassem dalam kenyataan.

Beliau berkata, rundingan itu bertujuan "memaklumkan kepada mereka mengenai pelanggaran oleh pihak penceroboh dan memastikan pihak penceroboh mematuhi pelan hala tuju yang dipersetujui dengan Lembaga Keamanan."

Pada Sabtu, sumber Hamas memberitahu Anadolu bahawa delegasi peringkat tinggi yang diketuai pemimpin kumpulan itu Khalil al-Hayya akan melawat Kaherah pada Ahad untuk mengadakan rundingan dengan pegawai Mesir.

Menurut sumber itu, perbincangan berkenaan akan menyentuh usaha untuk memperkukuh gencatan di Gaza.

Pada Oktober 2023, tentera Israel melancarkan serangan maut di Semenanjung Gaza yang mengorbankan lebih 73,000 orang dan mencederakan lebih 174,000 yang lain.

Meskipun gencatan berkuat kuasa sejak Oktober 2025, tentera Israel terus melancarkan serangan di wilayah Palestin itu, mengorbankan sekurang-kurangnya 1,260 orang dan mencederakan lebih 4,100 yang lain, menurut Kementerian Kesihatan Gaza.

-- BERNAMA-ANADOLU

Must Watch Video

Advertisement