awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Rundingan pembelian TikTok hampir selesai, AS akan mula bincang dengan China - Trump

Bernama
Bernama
05/07/2025
10:13 MYT
Rundingan pembelian TikTok hampir selesai, AS akan mula bincang dengan China - Trump
Perbincangan dengan China dijadualkan berlangsung pada 7 atau 8 Julai, dan mungkin melibatkan Presiden Xi Jinping atau wakilnya. -Gambar hiasan
WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump mengumumkan bahawa rundingan bagi perjanjian untuk mengambil alih platform media sosial TikTok daripada syarikat China, ByteDance, hampir dimuktamadkan, lapor Agensi Berita Rusia (TASS).

Ringkasan AI
  • Presiden AS Donald Trump mengumumkan rundingan pengambilalihan TikTok daripada ByteDance hampir dimuktamadkan.
  • Perbincangan dengan China dijadualkan berlangsung pada 7 atau 8 Julai, dan mungkin melibatkan Presiden Xi Jinping atau wakilnya.
  • Trump menyatakan pembeli TikTok terdiri daripada -individu yang sangat kaya- dan akan diumumkan dalam masa dua minggu, manakala China akan patuhi undang-undang berkaitan TikTok.

Trump berkata perbincangan mengenai perkara itu dengan Beijing dijadualkan pada Isnin atau Selasa (7 atau 8 Julai).
"Kita pada asasnya sudah ada perjanjian sekarang. Saya fikir kita akan mula berbincang dengan China pada Isnin atau Selasa, mungkin dengan Presiden Xi Jinping atau wakilnya.
"Kami berpendapat kami mungkin perlu mendapatkan kelulusan daripada China. Tidak semestinya, tetapi mungkin," kata pemimpin AS itu kepada wartawan ketika berada di dalam pesawatnya.
Pada 29 Jun, Trump memberitahu Fox News bahawa "sekumpulan individu yang sangat kaya" bersedia untuk membeli TikTok daripada ByteDance. Beliau turut memaklumkan bahawa beliau mungkin akan mengumumkan nama pembeli berkenaan dalam tempoh kira-kira dua minggu.
Sementara itu, jurucakap Kedutaan China di AS, Liu Pengyu, memberitahu TASS bahawa Beijing akan mematuhi undang-undang dan peraturannya dalam perkara berkaitan TikTok.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Donald Trump
#rundingan pengambilalihan
#TikTok
#ByteDance
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan