UNITED Kingdom dan Kesatuan Eropah (EU) setuju melanjutkan rundingan perdagangan.
Keputusan dibuat selepas rundingan yang sepatutnya muktamad pada Ahad, masih menemui jalan buntu.
Dalam kenyataan bersama, kedua dua pihak memaklumkan masih wujud pertikaian berhubung isu utama.
“Pasukan perunding kami berusaha siang dan malam sejak beberapa hari lalu.
“Dan di sebalik situasi ini, selepas rundingan dan hakikat kami gagal mematuhi tarikh akhir beberapa kali, kami berpendapat adalah tindakan bertanggungjawab ketika ini untuk lebih mencuba.
“Kami memberikan lampu hijau kepada perunding kami untuk melanjutkan rundingan dan melihat sama ada satu perjanjian akan berjaya dicapai dalam fasa ini,” kata Presiden Suruhanjaya Eropah, Ursula Von Der Leyen.
Bagaimanapun, tiada rangka masa tertentu diumumkan berhubung lanjutan tersebut.
Namun, ia perlu selesai sebelum tarikh akhir tempoh peralihan Brexit pada 31 Disember ini.
Rundingan akan diteruskan di Brussels.
Untuk rekod, rundingan pasca Brexit ini dijalankan sejak Mac lalu.
Tanpa perjanjian perdagangan, kedua-dua pihak bakal memperkenal tarif dan cukai ke atas barangan masing-masing.
Dalam perkembangan berkaitan, Perdana Menteri Britain, Boris Johnson dalam pada itu enggan menaruh harapan tinggi.
Di sebalik lanjutan rundingan, Johnson akui potensi untuk satu keputusan muktamad dipersetujui adalah sangat rendah.
Johnson juga memberi bayangan kemungkinan kedua-dua negara akan berurusan dengan terma-terma Pertubuhan Perdagangan Sedunia, WTO selepas ini.
“UK wajar terus mencuba. Saya rasakan ini apa yang rakyat mahu saya lakukan. Kami akan terus mencuba.
“Kami akan mencuba menjadi paling kreatif yang mampu. Tetapi apa yang kami tidak boleh lakukan adalah berkompromi dengan asas berhubung Brexit, yang digunakan untuk mengawal undang-undang kami, mengawal sektor perikanan kami. Ia sangat mudah. Saya rasakan rakan kami memahaminya.
“Kami sedia berunding. Kami akan terus berunding, tetapi pada masa sama, kami hanya bersedia untuk pilihan berkaitan WTO,” kata Johnson.
Kedua-dua pihak ada kurang tiga minggu untuk capai konsensus.
Britain undi untuk meninggalkan EU empat tahun lalu.
Sejumlah 52 peratus menyokong Brexit, berbanding 48 peratus yang membantah.
Agensi
Sun Dec 13 2020
Keputusan dibuat selepas rundingan yang sepatutnya muktamad pada Ahad, masih menemui jalan buntu.
Banjir kilat: SK Nanga Budu ditutup selepas air naik ke paras dada
Kawasan yang terlibat adalah bangunan dewan sekolah serta bangunan bagi prasekolah.
Final Jelajah Dunia BWF: Lee Zii Jia siap sedia hadapi cabaran sebenar bertemu tuan rumah
"Semua pemain di sini adalah pilihan terbaik tatkala mahu merangkul kejuaraan. Saya berpuas hati dengan tahap prestasi saya setakat ini." - Zii Jia
Ringgit dibuka tidak berubah berbanding dolar AS
Ringgit dibuka tidak berubah berbanding dolar AS dalam dagangan awal hari ini walaupun walaupun indeks dolar AS (DXY) lebih tinggi.
AWANI Pagi: Satira dan Parodi: Batas kebebasan di bawah RUU 588
Diskusi 8.30 pagi Jumaat Isnin bersama Profesor Datuk Dr. Azizul Halim Yahya,Profesor Komunikasi, Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media, Universiti Teknologi MARA, UiTM membincangkan mengenai batas dan had kebebasan di bawah RUU 588 berhubung isu satira dan parodi yang kontroversi baru-baru ini.
Buaya di Teluk Batik: Perhilitan nasihat orang awam berwaspada
Perhilitan Perak terus memantau persekitaran Pantai Teluk Batik susulan penampakan kehadiran seekor buaya di kawasan itu semalam.
Polis tembak mati lelaki miliki 24 kes rekod jenayah di Jeram Pasu
Suspek berusia 31 tahun merupakan warga tempatan maut dalam kejadian sekitar jam 5.30 pagi tadi.
NAIO disaran bentuk konsortium perkasa tenaga kerja AI tempatan
Pejabat Kecerdasan Buatan Kebangsaan (NAIO) perlu membentuk satu konsortium antara institut pengajian tinggi (IPT), industri teknologi dan kerajaan dalam memperkasa tenaga kerja tempatan dalam AI.
Sejauh mana gelombang pergolakan pasaran akan berlaku?
Bersama Ketua MIDF Research, Imran Yassin Md Yusof berkongsian penilaian terhadap prospek ekonomi negara di tengah-tengah cabaran global dan domestik.
Misteri 'fenomena UFO' undang resah
Rangkaian media melaporkan insiden itu turut mencetuskan pelbagai spekulasi dan teori konspirasi di platform media sosial.
Panduan Belanjawanku 2024/2025: Panduan nilai pendapatan cukup untuk hidup
Hafidzi Razali, Pengasas & Ketua Pegawai Eksekutif Strategic Counsel, membincangkan Panduan Belanjawanku 2024/2025 dan Rangka Kerja Kecukupan Pendapatan Persaraan (RIA) untuk membantu rakyat Malaysia merancang kewangan dengan lebih baik.
Tidak realistik untuk runding semula protokol - Suruhanjaya Eropah
Badan eksekutif Kesatuan Eropah itu akan melancarkan prosedur pelanggaran bagi melindungi pasaran tunggal blok itu daripada risiko pencabulan protokol.
Pasca-Brexit: Kekurangan bekalan makanan dibimbangi di UK
Bermula 1 Jan, pengimport mesti membuat pengisytiharan kastam penuh mengenai barangan yang dibawa masuk ke UK dari EU atau negara lain.
Pemuda UMNO cadang pembentukan Kabinet Perang
Perdana Menteri boleh meletakkan jawatan atau menasihati Yang di-Pertuan Agong untuk membubarkan Parlimen jika tidak lagi mendapat majoriti.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Pasca-Brexit: Kesatuan Eropah tidak akan runding semula perjanjian asal
Kerajaan UK sebelum ini menyatakan, pemeriksaan sempadan yang dikenakan terhadap barangan dari Ireland Utara terbukti tidak dapat dilaksanakan.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Hubungan dengan EU: UK minta runding semula babitkan peraturan dagang
Protokol itu perlu ditulis semula kerana ia melemahkan proses perdamaian dan mempengaruhi kehidupan rakyat di Ireland Utara.
Pasca-Brexit: Parlimen Eropah akan sahkan perjanjian perdagangan
Rancangan asal EU bertujuan mengelak pembukaan sempadan antara Ireland dengan Ireland Utara menjadi pintu belakang bagi bekalan vaksin.
Nelayan Britain berdepan risiko hilang pendapatan susulan larangan eksport EU
Larangan itu dibuat selepas Britain meninggalkan EU pada 1 Januari lalu, yang mana hasil laut yang berkenaan perlu dibersihkan sebelum digunakan dan tidak boleh dijual kepada 27 ahli blok berkenaan.
Kalau tidak politik, kami nak main apa, Mak Yong, congkak? - Salahuddin Ayub
Pakatan Harapan (PH) akan terus berpolitik demi memastikan suara rakyat terus didengari meskipun ada desakan supaya sebarang bentuk politik dihentikan buat masa ini.