DUNIA
Runtuhan Gaza setanding 13 piramid Giza, cabaran besar buat rakyat Palestin - UNDP
Selain daripada runtuhan kesan serangan Israel, penduduk Gaza juga berisiko terbunuh akibat bahan letupan dan bom yang belum meletup di celah-celah sisa bangunan. - Foto Reuters
GAZA: Usaha pembinaan semula di Semenanjung Gaza berdepan cabaran besar apabila dianggarkan sebanyak 55 juta tan runtuhan perlu dibersihkan terlebih dahulu, bersamaan dengan 13 buah piramid Giza di Mesir.
Ringkasan AI
Lapor agensi berita Reuters, perkara tersebut dinyatakan oleh Wakil Khas Pentadbir Program Pembangunan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNDP) untuk Rakyat Palestin, Jaco Cilliers yang mengulas mengenai cabaran rakyat Palestin dalam tempoh gencatan senjata bermula pada 10 Oktober yang lalu.
“Ia merupakan tugas yang amat besar, kerana proses pembinaan semula tidak dapat dimulakan selagi runtuhan itu tidak dibersihkan terlebih dahulu,” katanya.
Malah Pegawai PBB itu turut menyatakan selain daripada runtuhan kesan serangan rejim Zionis Israel, penduduk Gaza juga berisiko terbunuh akibat bahan letupan dan bom yang belum meletup di celah-celah sisa bangunan.
“Keadaan ini amat berbahaya kepada penduduk, Saya dengar semalam seorang kanak-kanak mengambil salah satu bahan letupan itu dan tangannya hancur…inilah realiti bahaya yang masih berterusan walaupun gencatan senjata telah diisytiharkan,” katanya.
Gencatan senjata yang berkuat kuasa di Semenanjung Gaza kini berdepan cabaran besar untuk memulihkan semula kehidupan di tengah kemusnahan teruk dan kadar kemiskinan yang tinggi.
Menurut Cilliers, pembinaan semula Gaza akan mengambil masa panjang dengan pelbagai kekangan di lapangan, termasuk keselamatan dan bekalan bahan binaan yang terhad.
“Penduduk Gaza sudah terlalu letih dengan peperangan, kini mereka hanya mahu keamanan dan kehidupan yang lebih baik.
“Banyak negara antarabangsa turut menunjukkan sokongan bagi memastikan gencatan senjata ini dapat diteruskan,” katanya semasa wawancara bersama China Global Television Network (CGTN) di Gaza pada Jumaat,
Cilliers menambah, walaupun perang telah reda namun rakyat Palestin kini berdepan dengan cabaran kemiskinan.
“Kumpulan masyarakat sivil berkata, perang mungkin sudah berakhir, tetapi kini bermulalah perang menentang kemiskinan.
“Masa depan mereka bergantung pada sejauh mana usaha untuk keluar daripada kemiskinan dan membina semula kehidupan,” ujarnya.
Tambah Cilliers, kekangan membawa masuk bahan binaan dan kelengkapan asas turut menjejaskan usaha membina semula kediaman penduduk.
“Ketika ini amat sukar membawa masuk bahan pembinaan dan kemudahan asas seperti bangunan pasang siap serta kemudahan sanitasi. Kami berharap sempadan dapat dibuka supaya bekalan penting ini dapat disalurkan segera,” katanya.
Media melaporkan sempadan Rafah dijangka akan dibuka esok bagi memudahkan trak dan delegasi bantuan kemanusiaan disalurkan kepada penduduk Gaza. - Agensi
Ringkasan AI
- Pembinaan semula Gaza berdepan cabaran besar dengan 55 juta tan runtuhan perlu dibersihkan terlebih dahulu, bersamaan 13 piramid Giza, sebelum kerja pemulihan dapat dimulakan.
- Risiko bahan letupan tidak meletup di celah runtuhan mengancam keselamatan penduduk, walaupun gencatan senjata berkuat kuasa sejak 10 Oktober.
- Kekangan bekalan bahan binaan dan kemiskinan tinggi melambatkan proses pemulihan; sempadan Rafah dijangka dibuka untuk salurkan bantuan kemanusiaan dan bahan asas.