awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pemalsuan dokumen: FAM buat laporan polis
Snapchat perkenal lensa AI 'Animate It' untuk cipta video janaan automatik
Luruan monsun: Tiada indikator risiko banjir besar awal 2026 - MetMalaysia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Runtuhan salji di Himalaya, India ragut empat nyawa, lima pekerja masih terperangkap

Bernama
Bernama
01/03/2025
22:45 MYT
Runtuhan salji di Himalaya, India ragut empat nyawa, lima pekerja masih terperangkap
Walaupun 50 pekerja diselamatkan, empat orang meninggal dunia akibat kecederaan. - Foto REUTERS
NEW DELHI: Empat pekerja maut manakala operasi mencari dan menyelamat masih dilakukan untuk mencari lima lagi selepas kejadian runtuhan salji yang berlaku di negeri Uttarakhand, Himalaya, di utara India, lapor Anadolu Ajansi pada Sabtu.
Pihak berkuasa melancarkan operasi menyelamat berskala besar di daerah Chamoli selepas runtuhan salji menimbus lebih 50 pekerja daripada Organisasi Jalan Sempadan pada Jumaat.
Pegawai pertahanan India yang turut terlibat dalam operasi mengesahkan, walaupun 50 pekerja diselamatkan, empat orang meninggal dunia akibat kecederaan.
Operasi menyelamat masih digerakkan untuk mengesan lima orang yang tertimbus.
Jurucakap pertahanan Lt. Kol. Manish Srivastava berkata helikopter digunakan secara berterusan untuk mengangkut peralatan penting, sumber dan memindahkan yang cedera.
Beberapa negeri di utara India mengalami hujan lebat dan salji turun dalam beberapa hari kebelakangan ini, mengakibatkan tanah runtuh di beberapa kawasan.
Sekurang-kurangnya empat maut
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Runtuhan salji
#himalaya
#operasi menyelamat
#tertimbus
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan