DUNIA

Rupee India cecah paras terendah dalam sejarah

Bernama 21/01/2026 | 20:00 MYT
Rupee menyusut kira-kira dua peratus bulan ini di tengah-tengah pergolakan politik global dan ketegangan geopolitik yang meruncing. - Foto hiasan
NEW DELHI: Mata wang rupee India pada Rabu mencecah paras terendah dalam sejarah berbanding dolar AS susulan aliran keluar modal dan ketidaktentuan geopolitik yang terus memberi tekanan kepada mata wang tempatan itu.

Rupee susut 77 paise untuk mencecah paras 91.74 berbanding dolar dalam dagangan harian, sebelum ditutup pada paras terendah dalam sejarah iaitu 91.73.

Mata wang itu telah menyusut kira-kira dua peratus bulan ini di tengah-tengah pergolakan politik global dan ketegangan geopolitik yang meruncing.

Langkah Bank Rizab India (RBI) menjual dolar baru-baru ini sedikit sebanyak membantu menyokong nilai mata wang rupee daripada terus merosot.

-- BERNAMA





#rupee india #dolar AS #Bank Rizab India #paras terendah