awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PM Lubnan ikrar kekalkan negara daripada terlibat perang baharu
Selangor FC kesal insiden bakar suar, kutuk salah laku penyokong
Polis Perancis serbu pejabat X di Paris ketika Elon Musk berdepan saman
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Rupee India jatuh ke paras terendah dalam sejarah berbanding dolar AS

Bernama
Bernama
03/02/2025
20:45 MYT
Rupee India jatuh ke paras terendah dalam sejarah berbanding dolar AS
Rupee menyentuh paras terendah apabila indeks dolar melonjak selepas Presiden Donald Trump mengenakan tarif terhadap rakan dagangan utama. - Gambar Pixabay
NEW DELHI: Rupee India merudum ke paras terendah dalam sejarah pada 87.29 berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Isnin (3 Feb) susulan kesan daripada pentadbiran baharu Amerika Syarikat (AS) yang mencetuskan kebimbangan mengenai perang perdagangan global.
Rupee menyentuh paras terendah apabila indeks dolar melonjak selepas Presiden Donald Trump mengenakan tarif terhadap rakan dagangan utama AS seperti Kanada, Mexico, dan China, sambil memberi amaran kepada Kesatuan Eropah (EU) mengenai tindakan yang sama.
Kelemahan rupee dalam beberapa minggu kebelakangan ini telah mendorong campur tangan bank pusat India melalui penjualan dolar.
Kejatuhan nilai mata wang itu meningkatkan kos import dan boleh menyebabkan inflasi yang lebih tinggi di India.
Bagaimanapun, Menteri Kewangan Nirmala Sitharaman dalam satu temu bual media pada Ahad mempertahankan prestasi rupee, dengan menyatakan bahawa ia hanya jatuh berbanding dolar AS yang semakin kukuh, tetapi tidak terhadap mata wang lain. - BERNAMA
Topic Berkaitan
#rupee india
#dolar AS
#tarif
#rakan dagang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan