DUNIA
Rusia bekalkan 32 peratus bekalan berlian dunia pada 2024
Rusia menyumbang 32 peratus kepada bekalan berlian dunia tahun lalu, diikuti Botswana sebanyak 24 peratus, Angola (12 peratus) dan Kanada (11 peratus). - Gambar hiasan/AP
MOSCOW: Rusia mengeksport 30.37 juta karat berlian pada 2024, menurun 6.3 peratus berbanding tahun sebelumnya, menurut data yang dikeluarkan oleh Kimberley Process, skim pensijilan berlian antarabangsa, lapor Xinhua.
Pendapatan daripada eksport berlian merosot 29 peratus pada 2024 kepada AS$2.62 bilion berbanding AS$3.68 bilion pada 2023, menurut statistik berkenaan. Rusia menghasilkan 37.32 juta karat berlian pada 2024, iaitu jumlah yang sama seperti tahun sebelumnya.
Rusia menyumbang 32 peratus kepada bekalan berlian dunia tahun lalu, diikuti Botswana sebanyak 24 peratus, Angola (12 peratus) dan Kanada (11 peratus).
Antara pengeksport berlian terbesar adalah Emiriah Arab Bersatu dengan 30 peratus bahagian dalam bekalan global, diikuti Kesatuan Eropah (14 peratus) dan Rusia (11 peratus). India pula merupakan pengimport berlian terbesar pada 2024, menurut TASS.
Dalam temu bual bersama RIA Novosti, penganalisis syarikat perkhidmatan kewangan Rusia Finam, Alexey Kalachev, berkata sekatan Barat hanya memberi sedikit kesan kepada eksport berlian Rusia tahun lalu, dan menyifatkan penurunan itu sebagai akibat krisis dalam pasaran berlian global.
Beliau percaya sekiranya sekatan benar-benar berkesan, harga berlian akan meningkat disebabkan kekurangan bekalan global. Beliau berkata penurunan 29 peratus dalam pendapatan eksport sebahagiannya berpunca daripada pengurangan penghantaran dan kejatuhan harga global.
Kimberley Process ditubuhkan pada 2000 di Afrika Selatan. Pesertanya terdiri daripada negara pengeluar dan pengimport berlian, dengan matlamat menyingkirkan berlian konflik yang digunakan untuk membeli senjata dan menyokong kumpulan antikerajaan serta pengganas daripada diperdagangkan secara antarabangsa, sekali gus memastikan ketelusan dalam pasaran berlian global.
Kimberley Process memastikan kawalan ke atas operasi eksport-import, meliputi sehingga 99 peratus daripada jumlah dagangan berlian global.
-- BERNAMA