DUNIA
Rusia bimbang negara bekas Kuasa Paksi menentang resolusi PBB kecam Nazisme - Zakharova
Maria Zakharova berkata tindakan sedemikian menimbulkan keraguan terhadap keikhlasan kenyataan mereka sebelum ini mengenai tanggungjawab Jerman, Itali dan Jepun dalam mencetuskan Perang Dunia Kedua. - Reuters
MOSCOW: Rusia menzahirkan kebimbangan terhadap tindakan Jerman, Itali dan Jepun yang tidak menyokong resolusi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) bagi mengecam pengagungan fahaman Nazisme, kata jurucakap Kementerian Luar Rusia, Maria Zakharova kepada RIA Novosti.
"Berlatarbelakangkan situasi ini, undian oleh negara-negara bekas Kuasa Paksi yang menentang resolusi itu amat mengejutkan," kata Zakharova.
Beliau berkata tindakan sedemikian menimbulkan keraguan terhadap keikhlasan kenyataan mereka sebelum ini mengenai tanggungjawab Jerman, Itali dan Jepun dalam mencetuskan Perang Dunia Kedua, serta kekesalan mereka terhadap genosid, pelbagai jenayah perang dan jenayah kemanusiaan.
"Apakah peranan tambahan dan diperluas yang boleh dimainkan oleh negara-negara ini dalam Majlis Keselamatan PBB jika mereka mengundi menentang prinsip asas yang termaktub dalam Piagam PBB?" soal Zakharova.
Rusia telah menyerahkan resolusi mengenai "memerangi pengagungan Nazisme" kepada Perhimpunan Agung PBB pada setiap tahun sejak 2005.
Edisi terbaharu, yang ditaja bersama oleh 44 negara, telah diterima pakai pada sesi plenari Perhimpunan Agung ke-80 di New York dengan 119 undi menyokong, manakala 51 lagi menentang dan 10 negara berkecuali.
--BERNAMA-SPUTNIK/RIA NOVOSTI
TAG: Rusia, negara paksi, resolusi PBB, nazisme