awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
Empat hektar hutan simpan di Banting terbakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Rusia bina lebih banyak kapal selam nuklear bersenjata strategik - Putin

Bernama
Bernama
12/12/2023
07:39 MYT
Rusia bina lebih banyak kapal selam nuklear bersenjata strategik - Putin
Putin berkata, Rusia merancang untuk memperluas armada kapal selam nuklear bersenjata strategik. - Gambar/ AP
MOSCOW: Rusia merancang untuk memperluas armada kapal selam nuklear bersenjata strategik kata Presiden Vladimir Putin pada Isnin semasa menghadiri pentauliahan dua kapal selam baharu di Severodvinsk di utara negara itu.
Bendera tentera laut Rusia dinaikkan buat kali pertama di atas Imperator Aleksander III dan Krasnoyarsk.
Putin berkata kedua-dua kapal baharu itu akan menyertai Armada Pasifik Rusia di Timur Jauh, Agensi Berita Jerman (dpa) memetik laporan Agensi Berita Interfax.
Dalam beberapa tahun tahun akan datang, limbungan kapal Sevmash di Severodvinsk akan membina tiga lagi kapal selam nuklear strategik kelas Borei.
Imperator Aleksander III adalah dari kelas Borei, yang berukuran 140 meter panjang dan mampu melancarkan peluru berpandu balistik antara benua jenis SS-N-32 Bulava.
Krasnoyarsk, yang berukuran 130 meter panjang adalah daripada kelas Yasen yang lebih kecil dan dilengkapi dengan peluru berpandu anti-kapal Oniks dan peluru berpandu jelajah Kalibr.
Sevmash terletak berhampiran Archangelsk di Laut Putih, kira-kira 1,000 kilometer utara Moscow.
Menurut laman web Global Firepower, Rusia dengan 70 kapal selam mengendalikan armada kapal selam kedua terbesar di dunia selepas China.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Rusia
#kapal selam nuklear
#senjata strategik
#Vladimir Putin
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan