awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pegawai IKBN Kuala Langat didakwa bersubahat buat tuntutan palsu RM76,980
KDN gesa elak perhimpunan sempena lawatan PM Modi
KPDN Pulau Pinang tumpaskan kegiatan seleweng minyak masak bersubsidi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Rusia dakwa 'kuasai sepenuhnya' wilayah Luhansk, Ukraine

Bernama
Bernama
03/07/2022
14:20 MYT
Rusia dakwa 'kuasai sepenuhnya' wilayah Luhansk, Ukraine
Menteri Pertahanan Rusia Sergey Shoygu memaklumkan "pembebasan Republik Rakyat Luhansk" kepada Presiden Vladimir Putin pada Ahad. - Gambar fail/ AP
MOSCOW: Wilayah Luhansk kini berada di bawah kawalan Moscow sepenuhnya, lapor Agensi Anadolu.
Menteri Pertahanan Rusia Sergey Shoygu memaklumkan "pembebasan Republik Rakyat Luhansk" kepada Presiden Vladimir Putin pada Ahad.
"Selepas kejayaan operasi ketenteraan, tentera Rusia dan Militia Rakyat Luhansk memperoleh kawalan sepenuhnya ke atas bandar Lysychansk dan beberapa penempatan berdekatan.
"Wilayah yang dibebaskan setakat ini sepanjang 182 kilometer persegi," menurut Kementerian Pertahanan Rusia.
Donetsk dan Luhansk - merupakan sebahagian daripada wilayah Donbas di timur Ukraine, yang bersempadan dengan Rusia - puak pemberontak di wilayah itu disokong Rusia sejak 2014, apabila Kremlin menguasai Semenanjung Crimea.
Sebelum ini, Putin mengiktiraf "kemerdekaan" Donetsk dan Luhansk sejurus sebelum krisis Ukraine bermula pada 24 Feb lepas.
Donbas dan Crimea masih diiktiraf antarabangsa sebagai sebahagian daripada wilayah Ukraine dan angkatan tentera negara itu terus memperjuangkannya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#krisis Rusia-Ukraine
#luhansk
#kawalan sepenuhnya
#pemberontak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan