DUNIA
Rusia di tempat keenam antara ekonomi utama dunia dengan kebergantungan eksport terendah
Pelabuhan Novorossiysk, Rusia terletak di titik persimpangan koridor pengangkutan antarabangsa utama antara negara itu dengan Laut Mediterranean, Asia Barat, Afrika, Asia Selatan, Asia Tenggara, Amerika Utara dan Selatan. - Unsplash
MOSCOW: Rusia menjadi negara keenam dalam kalangan ekonomi terbesar dunia pada 2024 dari segi kebergantungan terhadap eksport, menurut RIA Novosti berasaskan data daripada perkhidmatan statistik kebangsaan yang diterbitkan pada hari Ahad.
RIA Novosti menganalisis data mengenai nisbah nilai eksport barang dan perkhidmatan pada 2024 berbanding Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) bagi 25 negara dengan saiz ekonomi nominal terbesar.
Purata kebergantungan terhadap bekalan asing di negara-negara ini adalah sebanyak 40.7 peratus.
Menurut hasil pada tahun lalu, kebergantungan Rusia terhadap eksport adalah separuh daripada purata dunia - hanya 21.9 peratus.
Eksport India (21 peratus) dan China (21.1 peratus), masing-masing menduduki tempat keempat dan kelima, serta Indonesia (22.2 peratus), Australia (23.7 peratus), dan Jepun (22.8 peratus), yang menduduki tempat ketujuh hingga kesembilan, mempunyai peratusan KDNK yang hampir sama.
Amerika Syarikat merupakan negara yang paling rendah kebergantungannya terhadap eksport, dengan bekalan barang dan perkhidmatan asing hanya menyumbang sebanyak 10.9 peratus daripada ekonomi.
Argentina (15.3 peratus) dan Brazil (17.9 peratus) juga termasuk dalam tiga negara dengan bahagian eksport yang paling rendah berbanding KDNK.
Sebaliknya, Jerman (41.8 peratus), Korea Selatan (44.6 peratus), Poland (52.7 peratus), Switzerland (72.2 peratus), dan Belanda (84.2 peratus) mempunyai bahagian eksport yang melebihi purata berbanding KDNK.
Ireland menjadi peneraju mutlak dengan eksport barang dan perkhidmatan yang mencatatkan 147.6 peratus daripada KDNK, satu rekod bagi ekonomi besar.
-- BERNAMA

#Rusia
#ekonomi terbesar
#kebergantungan eksport
#nilai eksport
#Barang dan Perkhidmatan
#RIA Novosti