awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tanah runtuh: Tapak kedai makan popular di Jalan Simpang Pulai–Cameron Highlands ditutup sebulan
Sambutan Krismas meriah dengan upacara keagamaan, aktiviti bersama keluarga
Krisis politik Perlis: Speaker sahkan berlaku kekosongan luar jangka tiga DUN
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Rusia hantar 27 tan bantuan kemanusiaan ke Gaza

Bernama
Bernama
19/10/2023
09:13 MYT
Rusia hantar 27 tan bantuan kemanusiaan ke Gaza
Bantuan itu disediakan atas arahan Presiden Vladimir Putin bagi pihak Kerajaan Persekutuan Rusia. - AP
ISTANBUL: Rusia pada Khamis mengumumkan akan menghantar 27 tan bantuan kemanusiaan kepada penduduk Semenanjung Gaza susulan konflik yang berlarutan di rantau itu.
"Bantuan itu disediakan atas arahan Presiden Vladimir Putin bagi pihak Kerajaan Persekutuan Rusia," lapor Agensi Anadolu memetik kenyataan Kementerian Situasi Kecemasan Rusia di Telegram.
Menurut kenyataan itu, sebuah pesawat khas membawa tepung, gula, beras dan pasta, berlepas dari Moscow ke lapangan terbang El-Arish di Semenanjung Sinai Mesir.
"Bantuan kemanusiaan Rusia akan diserahkan kepada wakil Persatuan Bulan Sabit Merah Mesir untuk dihantar ke Semenanjung Gaza," menurut kenyataan itu.
Gaza kini menghadapi krisis kemanusiaan yang teruk, tanpa bekalan elektrik manakala bekalan air, makanan, bahan api dan perubatan, semakin berkurangan.
Sekurang-kurangnya 3,478 rakyat Palestin terbunuh dalam serangan Israel ke atas Gaza sejak 7 Okt.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Rusia
#bantuan kemanusiaan
#Gaza
#Palestin
#Vladimir Putin
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan