DUNIA
Rusia isytihar darurat di kawasan peranginan Laut Hitam akibat banjir
Pemandangan udara kawasan yang dilanda banjir di Shishkino, daerah Chita, Zabaikalsky Krai, Rusia, 13 Julai 2025. - Gambar fail AP
MOSCOW: Darurat diisytiharkan di sebuah daerah di sepanjang pesisir Laut Hitam di Rusia susulan banjir melanda lokasi percutian popular Krasnodar, kata Gabenor wilayah pada Ahad, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).
Dalam kenyataan di Telegram, Gabenor Veniamin Kondratyev berkata hujan lebat menyebabkan paras sungai meningkat secara mendadak.
Di daerah Tuapse, khususnya di perkampungan Defanovka, Moldavanskoye dan Novomikhaylovsky, sebanyak 34 buah rumah dan 45 premis lain dilaporkan dinaiki air.
Di Lermontovo pula, sebuah jambatan lama dihanyutkan arus deras.
Pasukan krisis wilayah melaporkan bahawa perkhidmatan kecemasan berjaya menyelamatkan 25 orang daripada sebuah bas yang terjunam dari jambatan, manakala 40 pelancong lain turut dipindahkan ke kawasan selamat.
Kejadian tanah runtuh turut menyebabkan gangguan lalu lintas buat sementara waktu, dengan pasukan penyelamat mengagihkan bekalan air kepada penduduk terjejas.
Menurut Kondratyev, seramai 236 anggota penyelamat bersama 55 unit jentera dan peralatan digerakkan bagi melaksanakan operasi bantuan.
Namun begitu, tiada tanda-tanda keadaan akan pulih dalam masa terdekat memandangkan ramalan cuaca untuk 24 jam berikutnya terus menunjukkan keadaan yang "tidak menentu."
-- BERNAMA