[TERKINI] Krisis Iran-Israel Meluas | Serangan AS ke Tapak Nuklear Cetus Kebimbangan Global – Ini Apa yang Kita Tahu Setakat Ini
INTERNATIONAL

Rusia isytihar gencatan senjata sempena sambutan Hari Kemenangan

Bernama 08/05/2025 | 01:00 MYT
Kenderaan tempur infantri Rusia mengambil bahagian dalam raptai perarakan tentera, sempena ulang tahun ke-80 kemenangan ke atas Nazi Jerman dalam Perang Dunia Kedua di Moscow, Rusia, 7 Mei 2025. REUTERS
MOSCOW: Gencatan senjata sementara yang diumumkan oleh Rusia kini berkuat kuasa dan akan berterusan sehingga tengah malam 11 Mei, bersempena sambutan ulang tahun ke-80 Hari Kemenangan, lapor Anadolu Ajansi (AA).
Langkah itu diumumkan oleh Presiden Rusia Vladimir Putin ketika negara itu bersiap sedia mengadakan sambutan peringkat kebangsaan bagi memperingati tamatnya Perang Dunia Kedua di Eropah.
Hari Kemenangan atau "Den Pobedy" disambut pada 9 Mei setiap tahun dengan perarakan tentera di Dataran Merah, Moscow, selain pelbagai acara peringatan di seluruh negara.
Bagaimanapun, Presiden Ukraine Volodymyr Zelensky tidak menyokong inisiatif gencatan senjata itu dan menasihatkan pemimpin serta delegasi asing supaya tidak menghadiri sambutan di Moscow atas alasan kebimbangan keselamatan.
Kenyataan itu bagaimanapun ditolak oleh pihak berkuasa Rusia sambil menegaskan sambutan akan diteruskan seperti dirancang.
-- BERNAMA
#Rusia #gencatan senjata #hari kemenangan #Vladimir Putin