MOSCOW: Moscow pada Khamis memaklumkan penamatan keahlian dari Majlis Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNHRC) selepas Perhimpunan Agung mengundi menggantung keahlian negara itu, menurut Kementerian Luar Rusia.
Kementerian itu menyifatkan proses undian berkenaan sebagai "menyalahi undang-undang dan bermotifkan politik bertujuan menjatuhkan hukuman demonstratif ke atas sebuah negara anggota PBB berdaulat, yang melaksanakan dasar luar dan dalam negara secara bebas," menurut Agensi Anadolu.
Negara-negara Barat memonopoli majlis itu dan menggunakannya untuk "mencapai objektif" mereka.
"Setelah mengisytiharkan diri mereka sebagai memenuhi 'piawaian' dalam mempertahankan hak asasi manusia, beberapa negara ini terlibat secara langsung dalam pencabulan hak asasi manusia secara besar-besaran," menurut kementerian itu.
Rusia akan terus menyumbang terhadap perlindungan hak asasi manusia meskipun telah menarik diri dari menganggotai pertubuhan itu.
Atas inisiatif AS, Perhimpunan Agung PBB pada Khamis mengadakan proses undian mengenai keanggotaan Rusia dalam UNHRC susulan krisis di Ukraine.
Undian menyaksikan 93 menyokong dan 24 membantah, manakala 58 negara anggota berkecuali.
Krisis Rusia-Ukraine, yang bermula 24 Feb, telah menimbulkan kemarahan antarabangsa, dengan Kesatuan Eropah, Amerika Syarikat, dan United Kingdom dan beberapa negara lain, melaksanakan sekatan kewangan yang keras ke atas Moscow.
Menurut PBB, sekurang-kurangnya 1,611 orang awam telah terbunuh di Ukraine dan 2,227 cedera, manakala lebih 4.3 juta rakyat Ukraine telah melarikan diri ke negara lain.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Apr 08 2022

Perhimpunan Agung mengundi menggantung keahlian Rusia dalam satu undian. - Foto AP

Banjir | Perkembangan banjir di Baling
Untuk perkembangan terkini situasi banjir di Baling, kita bersama wakil Astro AWANI Kedah, Abd Hadi Che Awang.

Banjir | 'Isytihar darurat bencana Tahap 1 atau 2’
Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor, berkata beliau mahu seboleh-bolehnya kawasan yang kritikal di beberapa kampung yang terjejas banjir di Baling diisytihar sebagai kawasan darurat bencana tahap 1 atau 2 selari dengan situasi dan bidang kuasa yang ada. Jelasnya menerusi kenyataan di Facebook, pengisytiharan itu amat penting bagi mempercepatkan operasi bantuan daripada agensi negeri dan persekutuan (belanja kecemasan) berdasarkan bajet sedia ada di agensi masing-masing.

Banjir | 9 sekolah terjejas, JPN & PPD diarah siap sedia
Sebanyak sembilan buah sekolah di daerah Baling, Kedah terjejas akibat banjir yang melanda di kawasan itu sejak petang, semalam.
![[TERKINI] Banjir | 2 mayat ditemukan: Sidang media JBPM Kedah [TERKINI] Banjir | 2 mayat ditemukan: Sidang media JBPM Kedah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://dzu2r3t0ymp2a.cloudfront.net/757/1976585/thumbnails/4194786321656994789199_640x360.jpg)
[TERKINI] Banjir | 2 mayat ditemukan: Sidang media JBPM Kedah
Sidang Media oleh Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah, Sayani Saidon susulan penemuan dua mayat di lokasi kejadian bencana banjir dan kepala air di Kg Iboi, Kupang.

Lelaki cuba terjun Jambatan Sultan Mahmud positif dadah
Hasil ujian saringan awal air kencing mendapati lelaki berkenaan positif dadah jenis methamphetamine.

Suspek kelar isteri, bayi sampai mati direman tujuh hari
Suspek yang berusia 25 tahun itu tiba di mahkamah sekitar jam 9 pagi dengan kawalan ketat dari anggota polis.

Itali isytihar darurat di wilayah utara dilanda kemarau
Itali pada Isnin mengisytiharkan darurat di lima wilayah utara yang paling terjejas akibat dilanda kemarau.

Pujian Arab Saudi penghargaan sangat besar buat Malaysia - Idris
Pada musim haji tahun ini, Malaysia diiktiraf sebagai negara pertama yang memperoleh permit pengoperasian hospital di Arab Saudi.

Kadar jangka pendek diunjurkan stabil susulan operasi BNM
Mudah tunai dianggarkan sebanyak RM53.84 bilion dalam sistem konvensional dan RM33.48 bilion dalam dana Islam.

Meninggal dunia selepas persidangan PVATM
Allahyarham yang berehat di bilik hotel selepas selesai persidangan rebah selepas keluar dari tandas.

Rusia isytihar penamatan keahlian UNHRC
Rusia akan terus menyumbang terhadap perlindungan hak asasi manusia meskipun telah menarik diri dari menganggotai pertubuhan itu.

China sokong perjuangan rakyat Palestin
China bersedia bersama masyarakat antarabangsa terus menyumbang kepada pewujudan keamanan sacara menyeluruh, adil dan berkekalan di Asia Barat seawal mungkin.

China gesa agihan vaksin secara adil
Penularan wabak COVID-19 masih berlaku di seluruh dunia dan turut memberi tempias kepada pembangunan sosiekonomi di negara membangun.

Palestin sambut baik keputusan UNHRC siasat pencabulan Israel
UNHRC memutuskan untuk melancarkan siasatan antarabangsa terhadap pelanggaran hak asasi manusia yang dilakukan Israel di wilayah Palestin.