awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Penganjuran Terbuka Malaysia lebih mencabar
Pahang rekod kehadiran 15.2 juta pelancong pada 2025
JPKK diingatkan amal integriti tinggi, adil - MB Negeri Sembilan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Rusia kesan jangkitan Omicron subvariant BA.4

Bernama
Bernama
12/06/2022
07:12 MYT
Rusia kesan jangkitan Omicron subvariant BA.4
Subvarian BA.2 masih menyumbang 95 peratus daripada semua kes baharu di Rusia. - REUTERS
MOSCOW: Subvarian COVID-19 Omicron yang lebih mudah menular telah merebak di Rusia, lapor Sputnik, memetik kenyataan pegawai kanan di badan pemerhati kesihatan kebangsaan Rospotrebnadzor.
Ketua penyelidikan genom di Institut Penyelidikan Pusat Epidemiologi Rospotrebnadzor, Kamil Khafizov, memberitahu pemberita bahawa dua makmal kebangsaan telah menyerahkan sampel genom virus jenis BA.4 ke pangkalan data VGARus.
"Sampel diperoleh pada akhir Mei," kata Khafizov.
Bagaimanapun, saintis itu memaklumkan subvarian BA.2 masih menyumbang 95 peratus daripada semua kes baharu di Rusia.
"Beberapa kajian yang diterbitkan baru-baru ini mendedahkan subvarian yang dikenali sebagai BA.4 dan BA.5, lebih mudah berjangkit berbanding Omicron asal," katanya.
Ketua Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) memberi amaran pada Mei bahawa Omicron BA.4 dan BA.5 mendorong peningkatan kes di negara dengan kadar pemberian vaksin rendah, meskipun subvarian BA.2 kekal dominan di seluruh dunia.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Omicron
#Rusia
#jangkitan
#vaksin
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan