INTERNATIONAL

Rusia lancar serangan udara baharu di Kiev - Tentera Ukraine

Bernama 06/04/2025 | 06:48 MYT
Beberapa siri letupan kedengaran pada pagi Ahad di Kiev apabila Rusia didakwa melancarkan serangan udara baharu ke atas bandar itu. - Gambar fail/ Reuters
KYIV: Beberapa siri letupan kedengaran pada pagi Ahad di Kiev apabila Rusia didakwa melancarkan serangan udara baharu ke atas bandar itu, lapor Xinhua memetik pentadbiran tentera Ukraine.

Serangan udara itu menyebabkan kebakaran di kawasan bandar Darnytskyi dan Obolon, dan pasukan penyelamat sedang menuju ke lokasi kejadian, menurut pentadbiran tentera Kievdalam satu hantaran di platform media sosial Telegram.

"Letupan di ibu negara. Pertahanan udara sedang beroperasi. Sila berada di tempat perlindungan!

"Serangan peluru berpandu ke atas Kiev masih berterusan," kata Datuk Bandar Vitali Klitschko yang dipetik dalam laporan media di Telegram.

-- BERNAMA


#konflik Rusia-Ukraine #serangan udara #tentera ukraine #dron