awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Aspek perjawatan, skim AKPS dijangka selesai selewatnya awal suku kedua 2026 - KP
AKPS perlu 400 pegawai penyiasat sokong keperluan operasi - Mohd Shuhaily
Tindakan tegas terhadap kontraktor lewat siapkan projek KKR - Menteri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Rusia perluas hubungan dengan China, India, Korea Utara, negara-negara CIS - Lavrov

Bernama
Bernama
24/03/2025
15:36 MYT
Rusia perluas hubungan dengan China, India, Korea Utara, negara-negara CIS - Lavrov
Lavrov berkata, hubungan perkongsian komprehensif dan kerjasama strategik dengan China berada pada tahap saling mempercayai yang belum pernah dicapai sebelum ini. - Reuters
MOSCOW: Rusia sedang giat memperluas hubungan dengan kebanyakan negara di dunia, termasuk China, India, Iran, Korea Utara serta Komanwel Negara-Negara Merdeka (CIS), lapor agensi berita TASS yang memetik Menteri Luar Rusia Sergey Lavrov.
"Kami mengutamakan usaha memperkukuh hubungan dengan majoriti negara di dunia. Hubungan perkongsian komprehensif dan kerjasama strategik dengan China berada pada tahap saling mempercayai yang belum pernah dicapai sebelum ini, sementara perkongsian strategik istimewa sedang berkembang dengan India.
"Kemajuan ketara telah dicapai dalam memperluas serta memperkukuh hubungan persahabatan dengan negara seperti Iran dan Korea Utara," katanya pada mesyuarat lembaga pemegang amanah Dana Diplomasi Awam Alexander Gorchakov.
Moscow memberi tumpuan khusus kepada usaha memperkukuh semua aspek kerjasama dengan sekutu dan rakan kongsi dalam kalangan negara anggota CIS, termasuk dalam rangka kerja Komanwel, Pertubuhan Perjanjian Keselamatan Kolektif dan Kesatuan Ekonomi Eurasia, tegas Lavrov.
"Presiden Belarus Alexander Lukashenko baru-baru ini mengadakan lawatan ke Moscow. Lawatan itu telah memperkukuh lagi integrasi dengan sekutu terdekat kami dalam semua bidang," tambahnya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Rusia
#perluas hubungan
#negara CIS
#China
#India
#Korea Utara
#Sergey Lavrov
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan