DUNIA
Rusia sedia pulihkan hubungan dengan semua negara Eropah - Putin
Rusia bersedia memulihkan hubungan dengan negara-negara Eropah dan terbuka kepada kerjasama dengan semua negara tanpa sebarang pengecualian, kata Presiden Putin. - Gambar fail Reuters
MOSCOW: Rusia bersedia memulihkan hubungan dengan negara-negara Eropah dan terbuka kepada kerjasama dengan semua negara tanpa sebarang pengecualian, kata Presiden Rusia, Vladimir Putin pada Khamis, lapor agensi berita TASS.
"Rusia sentiasa komited terhadap pendekatan diplomatik sedemikian dan bersedia memulihkan tahap hubungan yang diperlukan," kata Putin pada satu majlis menerima watikah pelantikan daripada ketua perwakilan asing yang baru dilantik.
"Secara keseluruhannya, seperti yang saya nyatakan berulang kali sebelum ini, kami terbuka kepada kerjasama saling menguntungkan dengan semua negara, tanpa sebarang pengecualian," tambah Presiden Rusia itu.
-- BERNAMA