DUNIA
Rusia tahan doktor kanan selepas sembilan bayi maut di hospital Siberia
Pihak berkuasa Rusia menahan beberapa doktor kanan termasuk ketua sementara unit rawatan rapi neonatal di Hospital Bersalin No. 1, Novokuznetsk. -Foto Reuters
MOSCOW: Pihak berkuasa Rusia menahan beberapa doktor kanan termasuk ketua sementara unit rawatan rapi neonatal di Hospital Bersalin No. 1, Novokuznetsk, susulan kematian sembilan bayi baru lahir antara 1 Dis 2025 hingga 12 Jan 2026, disyaki akibat kelalaian perubatan.
Ringkasan AI
Klik di sini untuk FAQ berkaitan artikel ini
Menurut Jawatan Kuasa Siasatan Persekutuan, siasatan awal mendapati prosedur klinikal tidak dipatuhi ketika merawat bayi pramatang yang mengalami jangkitan intrauterin.
Hospital berkenaan merekodkan 234 kelahiran dalam tempoh tersebut, dengan 32 bayi ditempatkan di unit rawatan rapi; 17 daripadanya berada dalam keadaan kritikal sebelum sembilan meninggal dunia.
Ketua doktor hospital, Vitaly Kheraskov, digantung tugas sementara siasatan forensik dijalankan.
Pihak berkuasa turut menutup sementara wad bersalin dan mengarahkan pemeriksaan menyeluruh ke atas hospital bersalin serantau.
Insiden ini mencetuskan kemarahan awam dan perhatian pihak berkuasa tertinggi. Yang Dipertua Majlis Persekutuan, Valentina Matviyenko, menyifatkan tragedi itu sebagai kejadian yang tidak boleh diterima dan menuntut pembaharuan menyeluruh dalam pengurusan hospital bersalin.
Kes disiasat di bawah seksyen jenayah berkaitan kematian akibat kelalaian, dengan pemeriksaan rekod perubatan, temu bual saksi dan audit klinikal sedang dijalankan.
Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI
Ringkasan AI
- Pihak berkuasa Rusia menahan beberapa doktor kanan termasuk ketua sementara unit rawatan rapi neonatal di Hospital Bersalin No. 1, Novokuznetsk, susulan kematian sembilan bayi baru lahir antara 1 Disember 2025 hingga 12 Januari 2026, disyaki akibat kelalaian perubatan.
- Menurut Jawatankuasa Siasatan Persekutuan, siasatan awal mendapati prosedur klinikal tidak dipatuhi ketika merawat bayi pramatang yang mengalami jangkitan intrauterin.
- Hospital berkenaan merekodkan 234 kelahiran dalam tempoh tersebut, dengan 32 bayi ditempatkan di unit rawatan rapi; 17 daripadanya berada dalam keadaan kritikal sebelum sembilan meninggal dunia.
Menurut Jawatan Kuasa Siasatan Persekutuan, siasatan awal mendapati prosedur klinikal tidak dipatuhi ketika merawat bayi pramatang yang mengalami jangkitan intrauterin.
Hospital berkenaan merekodkan 234 kelahiran dalam tempoh tersebut, dengan 32 bayi ditempatkan di unit rawatan rapi; 17 daripadanya berada dalam keadaan kritikal sebelum sembilan meninggal dunia.
Ketua doktor hospital, Vitaly Kheraskov, digantung tugas sementara siasatan forensik dijalankan.
Pihak berkuasa turut menutup sementara wad bersalin dan mengarahkan pemeriksaan menyeluruh ke atas hospital bersalin serantau.
Insiden ini mencetuskan kemarahan awam dan perhatian pihak berkuasa tertinggi. Yang Dipertua Majlis Persekutuan, Valentina Matviyenko, menyifatkan tragedi itu sebagai kejadian yang tidak boleh diterima dan menuntut pembaharuan menyeluruh dalam pengurusan hospital bersalin.
Kes disiasat di bawah seksyen jenayah berkaitan kematian akibat kelalaian, dengan pemeriksaan rekod perubatan, temu bual saksi dan audit klinikal sedang dijalankan.
Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI
- Q: Mengapa pihak berkuasa Rusia menahan beberapa doktor termasuk ketua unit rawatan rapi neonatal di Hospital Bersalin No. 1, Novokuznetsk?
A: Mereka ditahan susulan kematian sembilan bayi baru lahir yang disyaki akibat kelalaian perubatan. - Q: Apa tindakan yang diambil oleh pihak berkuasa setelah insiden tersebut?
A: Ketua doktor hospital digantung tugas sementara, wad bersalin ditutup sementara, dan pemeriksaan menyeluruh ke atas hospital bersalin diarahkan. - Q: Siapakah yang menganggap tragedi ini sebagai kejadian yang tidak boleh diterima dan menuntut pembaharuan menyeluruh dalam pengurusan hospital bersalin?
A: Yang Dipertua Majlis Persekutuan, Valentina Matviyenko, menyifatkan tragedi itu sebagai kejadian yang tidak boleh diterima dan menuntut pembaharuan menyeluruh dalam pengurusan hospital bersalin.