Negara kuasa besar nuklear, Rusia bakal menyalurkan kepakarannya jika Malaysia membuat keputusan untuk membangunkan program nuklearnya, kata Menteri Pembangunan Ekonomi Rusia, Alexei Ulyukayev.
Bercakap kepada Bernama, beliau memberi jaminan bahawa Rusia adalah satu-satunya negara, yang boleh menyediakan sokongan bagi pembangunan industri nuklear nasional berikutan industri nuklear negara itu yang maju.
"Kami akan mencadangkan pembangunan program nuklear tempatan yang sangat canggih dan rumit. Kami boleh bangunkan stesen janakuasa nuklear.
"Kami juga boleh mengelolakan latihan bagi kakitangan tempatan sebab kami yakin projek itu boleh diuruskan sendiri oleh rakyat Malaysia," katanya dalam temu bual baru-baru ini susulan penyertaan beliau dalam Mesyuarat Menteri Ekonomi ASEAN ke-47 dan Mesyuarat Berkaitan, bulan lepas.
Ulyukayev ditanya tentang bagaimana Rusia boleh membantu sekiranya Malaysia mahu membangunkan loji tenaga nuklearnya sendiri.
"Kami sangat berpengalaman, misalnya dalam stesen janakuasa dan tenaga nuklear. Di Asia, kami membangunkan prasarana kedua-dua sektor ini di beberapa negara selain menyampaikan sokongan tapak kepada mereka," katanya.
Rusia adalah sebuah daripada 10 rakan dialog Persatuan Negara-negara Asia Tenggara (ASEAN). Negara lain ialah Amerika Syarikat, China, Jepun, Australia, Kanada, India, Korea Selatan, Kesatuan Eropah dan New Zealand.
Negara itu yang sebelum ini dikenali sebagai Kesatuan Soviet muncul sebagai negara senjata nuklear kedua dunia selepas menguji senjata pertamanya di Semipalatinsk, Kazakhstan, pada 29 Ogos 1949.
Rusia adalah sebuah daripada lima negara senjata nuklear yang diiktiraf mengikut Perjanjian Pengawalan Senjata Nukelar, status yang diwarisinya sebagai pengganti sah Kesatuan Soviet.
Negara senjata nuklear lain ialah Amerika Syarikat, United Kingdom, Perancis dan China.
Bernama
Thu Sep 24 2015
Rusia adalah satu-satunya negara, yang boleh menyediakan sokongan bagi pembangunan industri nuklear nasional berikutan industri nuklear negara itu yang maju. - Foto hiasan
Orkid Malaysia bakal dipamerkan di KazanForum 2024
Orkid Malaysia akan dipamerkan semasa edisi ke-15 KazanForum 2024 yang bermula di Tatarstan pada Selasa dan akan diteruskan sehingga Ahad (19 Mei).
China dakwa Biden naikkan tarif sebagai kempen pilihan raya
Kementerian Perdagangan Beijing berkata AS sepatutnya segera membetulkan amalan salahnya dan membatalkan tarif tambahan yang dikenakan.
Pelaksanaan RDICE: Lebih RM9 trilion kepada KDNK menjelang 2030
RDICE mengandungi tiga teras, enam strategi dan 20 pelan tindakan akan memberikan manfaat kepada rangkaian hab inovasi global.
KKR syor kaji kaedah bagi pendekkan tempoh projek pembinaan ambil masa lama
Ia termasuk mempraktikkan amalan yang dilaksanakan negara luar yang dilihat mampu menyiapkan projek pembinaan dalam tempoh singkat.
Sarawak perlukan 17,500 hektar kawasan baharu sawah padi
Kementerian telah mengenal pasti kawasan baharu iaitu di Sri Aman, Kapit, Mukah dan Limbang bagi tujuan berkenaan.
ART bertingkat di JB miliki 32 stesen - Exco
Projek sistem Aliran Transit Automasi (ART) bertingkat yang dicadang dibangunkan di Johor Bahru akan mempunyai 32 stesen dengan jarak lebih 50 kilometer (km).
Draf pindaan Ordinan Perikanan Sarawak sedang dirangka
Draf pindaan Ordinan Perikanan Sarawak 2003 sedang dirangka sebagai usaha menubuhkan Jabatan Perikanan Negeri.
Dengar 'suara' belia, iktiraf mereka sebagai penyambung legasi
Suara belia tidak harus dipandang enteng malah penglibatan golongan ini perlu diperluas terutama dalam isu kemasyarakatan dan politik sesuai peranan mereka yang 'sering' digelar pemimpin masa hadapan.
Tumpuan Rabu - 15 Mei 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Dari Madinah, seramai 563 jemaah haji Malaysia tiba di Mekah
Seramai 563 jemaah haji Malaysia yang sebelum ini menetap di Hotel Emaar Royal dan Hotel Saja al Madidah di Madinah, tiba di Mekah pada Selasa untuk urusan menunaikan ibadat haji.
Rusia tawar kepakaran bangunkan program Nuklear Malaysia
Rusia, negara kuasa besar nuklear, akan menyalurkan kepakarannya jika Malaysia membuat keputusan untuk membangunkan program nuklearnya.