DUNIA

Rusia terima draf memorandum Ukraine mengenai penyelesaian damai

Bernama 02/06/2025 | 09:00 MYT
Penasihat Presiden Rusia Vladimir Medinsky, memberitahu bahawa dokumen tersebut telah dikemukakan dalam bahasa Ukraine dan Inggeris. - Gambar fail/AP
MOSCOW / ISTANBUL: Seorang pegawai kanan Rusia pada Ahad berkata Moscow telah menerima draf memorandum daripada Ukraine yang mengandungi cadangan ke arah penyelesaian damai bagi konflik yang sedang berlangsung, lapor Anadolu Ajansi (AA).


Ringkasan AI
  • Rusia menerima draf memorandum damai daripada Ukraine: Penasihat Presiden Rusia, Vladimir Medinsky, mengesahkan penerimaan dokumen tersebut sebelum rundingan di Istanbul, namun menyatakan perkara utama dalam dokumen sudah didedahkan oleh media Barat.
  • Rusia akan menyatakan pendiriannya dalam rundingan: Medinsky berkata pihaknya akan mengumumkan pendirian mengenai isu Ukraine pada Isnin semasa perbincangan rasmi.
  • Ukraine berharap ada kemajuan walaupun belum menerima gencatan senjata: Presiden Ukraine menyatakan kerajaan masih berusaha untuk mencapai kemajuan damai, walaupun belum menerima sebarang memorandum gencatan senjata daripada Rusia.


Penasihat Presiden Rusia Vladimir Medinsky, yang akan mengetuai delegasi negara itu dalam rundingan damai di Istanbul pada Isnin, memberitahu saluran Russia Today bahawa dokumen tersebut telah dikemukakan dalam bahasa Ukraine dan Inggeris.

"Delegasi Rusia sebelum ini telah menerima versi memorandum daripada Ukraine berkaitan penyelesaian damai," kata Medinsky.

Beliau menambah bahawa bahasa dokumen bukan isu utama dan menyatakan bahawa perkara penting dalam dokumen itu telah pun disiarkan oleh media Barat.

Medinsky turut berkata Rusia akan menyatakan pendiriannya mengenai isu Ukraine pada Isnin.

Sementara itu, Presiden Ukraine pada Ahad berkata bahawa kerajaannya akan berusaha mencapai "sekurang-kurangnya sedikit kemajuan ke arah damai" semasa rundingan yang dijadual berlangsung di Istanbul, meskipun belum menerima sebarang memorandum gencatan senjata daripada Rusia.

-- BERNAMA






#Rusia terima draf memorandum Ukraine #penyelesaian damai #konflik #Vladimir Medinsky