DUNIA
Rusia terima duta baharu Afghanistan, negara pertama iktiraf Kerajaan Taliban
Langkah Rusia ini dilihat sebagai pencapaian penting bagi pentadbiran Taliban dalam usaha mereka untuk keluar daripada pengasingan antarabangsa. - Foto REUTERS
KABUL: Rusia mengumumkan penerimaan watikah daripada duta baharu Afghanistan, menjadikannya negara pertama yang secara rasmi mengiktiraf kerajaan Taliban yang memerintah negara itu.
Ringkasan AI
Dalam satu kenyataan pada Khamis, Kementerian Luar Rusia berkata Moscow melihat prospek yang baik untuk membangunkan hubungan dua hala dan akan terus menyokong Kabul dalam aspek keselamatan, memerangi keganasan serta jenayah berkaitan dadah.
“Rusia juga melihat potensi besar dalam bidang perdagangan dan ekonomi, khususnya dalam sektor tenaga, pengangkutan, pertanian dan infrastruktur,” menurut kenyataan itu.
Dalam pada itu, Menteri Luar Afghanistan, Amir Khan Muttaqi, menyifatkan langkah berani Rusia itu sebagai satu tindakan yang amat dihargai oleh kerajaan Taliban.
Sehingga kini, tiada negara lain yang secara rasmi mengiktiraf kerajaan Taliban yang mengambil alih kuasa pada Ogos 2021 selepas pengunduran pasukan yang diketuai Amerika Syarikat dari Afghanistan, menamatkan perang selama dua dekad.
Namun begitu, China, Emiriah Arab Bersatu (UAE), Uzbekistan dan Pakistan telah menghantar duta masing-masing ke Kabul, satu langkah yang dilihat sebagai isyarat ke arah pengiktirafan rasmi.
Langkah Rusia ini dilihat sebagai pencapaian penting bagi pentadbiran Taliban dalam usaha mereka untuk keluar daripada pengasingan antarabangsa.
Tindakan ini dijangka mendapat perhatian rapat daripada Washington, yang sebelum ini telah membekukan berbilion dolar aset bank pusat Afghanistan dan mengenakan sekatan terhadap beberapa pemimpin kanan Taliban, menyebabkan sektor perbankan negara itu terputus daripada sistem kewangan antarabangsa.
Ringkasan AI
- Pengiktirafan Rasmi Rusia - Rusia menjadi negara pertama secara rasmi mengiktiraf kerajaan Taliban dengan menerima watikah duta Afghanistan.
- Kerjasama Dua Hala - Moscow berjanji menyokong Kabul dalam keselamatan, memerangi keganasan dan membuka peluang dalam sektor tenaga, pengangkutan dan pertanian.
- Kesan Geopolitik - Langkah ini dijangka memberi impak besar terhadap hubungan antarabangsa Taliban dan menarik perhatian Washington serta negara lain yang belum mengiktiraf mereka.