awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
AGC tarik balik semakan kehakiman Akta Perhimpunan Aman
Letupan di Universiti HELP: Raja Puan Muda Kedah lawat mangsa di HKL
Pemilihan UMNO mungkin selepas PRU16, MKT bincang Jawatankuasa Penyatuan Rumah Bangsa
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Rusia tidak dapat akses rizab AS$300 bilion akibat sekatan

Bernama
Bernama
14/03/2022
03:30 MYT
Rusia tidak dapat akses rizab AS$300 bilion akibat sekatan
ANTON SILUANOV: Rusia mempunyai nilai rizab sekitar AS$640 bilion. Pada masa ini, kami tidak boleh menggunakan rizab tersebut. -DPA
MOSCOW: Rusia tidak dapat mengakses rizab kewangan bernilai AS$300 bilion disebabkan sekatan Barat, kata menteri kewangan Rusia pada Ahad.
"Rusia mempunyai nilai rizab sekitar AS$640 bilion.
"Pada masa ini, kami tidak boleh menggunakan rizab tersebut," kata Anton Siluanov dalam temu bual dengan Rossiya-1 TV, lapor Agensi Anadolu.
"Beberapa rizab ada di China, dan Barat kini mendesak China untuk mengehadkan akses kami kepada rizab itu," kata Siluanov.
Beliau berharap kerjasama Rusia dengan China akan terus kukuh.
Sejak konflik Rusia-Ukraine meletus pada 24 Feb, lebih 2.5 juta orang telah melarikan diri ke negara lain, dengan kira-kira dua juta lagi hilang tempat tinggal.
Sekurang-kurangnya 579 orang awam terbunuh manakala 1,002 orang cedera, menurut Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#konflik Rusia-Ukraine
#rizab kewangan
#sekatan Barat
#Anton Siluanov
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan