awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Rangka manusia di rumah terbiar bongkar misteri kehilangan lima beranak
Pameran 'Tunku Negarawan Ulung: Pengasas Negara Bangsa' kini dibuka di Muzium Negara
Gobind tersenarai dalam "2026 Tech Diplomacy Global 50"
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Rusia umum vaksin COVID-19 pertama di dunia, anak Putin antara penerima awal

Agensi
Agensi
11/08/2020
12:31 MYT
Rusia umum vaksin COVID-19 pertama di dunia, anak Putin antara penerima awal
Putin mengumumkan perkara itu dan memaklumkan anak perempuannya sendiri sudah menerima vaksin terbabit. Foto: AP
Rusia mendakwa berjaya menghasilkan vaksin pertama yang menawarkan 'imunisasi stabil' bagi merawat jangkitan COVID-19.
Presidennya, Vladimir Putin mengumumkan perkara itu dan memaklumkan anak perempuannya sendiri sudah menerima vaksin terbabit.
"Pagi tadi, buat pertama kalinya di dunia, satu vaksin merawat COVID-19 didaftarkan di Rusia.
"Salah seorang anak perempuan saya sudah menerima vaksin tersebut. Dia juga terlibat dalam eksperimen itu," jelasnya.
Katanya, pendaftaran oleh kerajaan itu menjadikan negaranya yang pertama di dunia mendaftarkan vaksin COVID-19 selepas ujian klinikal diselesaikan dalam tempoh kurang dua bulan, dengan ujian fasa ketiga akan dimulakan tidak lama lagi.
Akhir Julai lalu, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengumumkan terdapat 26 vaksin berpotensi pada peringkat penilaian termasuk satu yang didaftarkan di Rusia, dibangunkan Institut Penyelidikan Saintifik Epidemiologi dan Mikrobiologi Gamaleya.
Pendaftaran vaksin berkenaan diperkatakan awal bulan ini, dengan Menteri Kesihatan Rusia, Mikhail Murashko, memberitahu media bahawa ujian klinikal vaksin itu sudah selesai.
Topic Berkaitan
#COVID-19
#Pertubuhan Kesihatan Sedunia
#Rusia
#vaksin
#Vladimir Putin
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan